Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja gali terowong bawah tanah bermula bagi peringkat akhir laluan Circle Line

Jul 25, 2019 | 02:02 PM



KERJA-KERJA menggali terowong bawah tanah untuk peringkat akhir laluan Circle Line 6 (CCL6) dimulakan hari ini dengan pelancaran mesin penggali terowong di stesen Keppel. 


Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata ia akan mengorek terowong dari Keppel sehingga stesen Harbourfront sedia ada. 


Dua lagi mesin penggali dijangka dilancarkan September dan Oktober tahun ini. 


LTA berkata kerja-kerja CCL6 dilakukan tepat pada masa, dengan sebanyak 66 peratus kerja-kerja memastikan kestabilan struktur telah disempurnakan. 


“Kerja-kerja pemindahan dan pembinaan struktur telah dimulakan dan berjalan dengan lancar,” kata LTA. “Kerja-kerja asas dan penggalian juga berjalan terus di Lanjutan Depot Kim Chuan.” 


Depot yang dilanjutkan itu juga akan menyediakan prasarana tambahan untuk menyokong rangkaian CCL yang lebih besar dan sebanyak 133 kereta api. 


Ia juga akan memaparkan depot bus yang boleh menempatkan sebanyak 550 bas.


LTA juga berkata ia akan membeli 12 kereta api baru dari pembekal Perancis Alstom untuk jumlah penumpang yang dijangka meningkat.


Kesemua kereta api itu akan dihantar mulai 2024, dan ditambah kepada 11 kereta api yang telah diperolehi pada April 2018 untuk CLL6.


Dengan tambahan 23 kereta api itu, jumlah kereta api CCL akan meningkat 36 peratus kepada 87. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >