Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja hantar 400,000 fail Pakej Generasi Merdeka bermula

Jun 29, 2019 | 05:30 AM



SEJUMLAH besar Fail Alu-Aluan Pakej Generasi Merdeka (MGP) dihantar melalui pos semalam.



Ini sekali gus menandakan permulaan operasi mengirimkan lebih 400,000 fail itu kepada warga layak menjelang akhir bulan depan.



Fail yang dihantar semalam itu kumpulan pertama merangkumi 30,000 penghantaran ke rumah di serata pulau setiap hari.



Ini menyusuli pengedaran kira-kira 80,000 fail melalui pelbagai acara kemasyarakatan sebelum ini.



Demi menandakan hari pertama penghantaran, Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Sekitaran dan Sumber Air), Dr Amy Khor, berserta Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia) Cik Sim Ann, melawat Pangkalan Penghantaran Kallang SingPost untuk mengetahui lebih lanjut tentang proses penghantaran fail itu.



Mereka turut menyampaikan fail MGP dan tanda penghargaan SingPost kepada hampir 30 posmen warga Generasi Merdeka.



Dr Khor turut menemui Encik Abdul Lah Haris, 66 tahun, yang sudah berkhidmat selama 47 tahun. Tempoh itu menjadikannya posmen yang paling lama berkhidmat di SingPost.



Dr Khor berkata:



"Saya dapat tahu dengan transformasi SingPost dan proses pendigitalan penghantaran, Encik Abdul Lah menjalani latihan mempelajari cara menggunakan aplikasi SmartPost baru yang boleh menjejaki penghantaran."



Apabila Encik Abdul Lah tidak bekerja, beliau menyertai rakan dalam sesi bermain badminton dan kerap berlari-lari anak.



Kata Dr Khor, Encik Abdul Lah menonjolkan semangat Generasi Merdeka, daripada segi pembelajaran sepanjang hayat dan penuaan aktif.



Encik Abdul Lah, yang berpengalaman melalui jalan berlumpur untuk menghantar surat pada zaman kampung dulu, sudah melihat sendiri perubahan dalam bidang penghantaran.



Beliau berkata, jika 30 tahun lalu, anjing merupakan 'musuh' posmen, kini haiwan itu membantu posmen memberitahu pemilik tentang kedatangan posmen apabila loceng pintu rosak.



MGP mengiktiraf kerja keras dan sumbangan warga seperti Encik Abdul Lah, yang lahir pada 1950-an, antara lain melalui pelbagai manfaat penjagaan kesihatan.



Fail MGP mengandungi kad Generasi Merdeka dan senarai klinik Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) terdekat dengan rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >