Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja keras diiktiraf, pegawai dinaik pangkat penolong superintenden

Beliau antara 6,235 pegawai Home Team dinaikkan pangkat tahun ini
May 24, 2019 | 05:30 AM



SETIAP kali seorang penyalah guna dadah yang melalui pemulihan selesai menjalani program penyeliaan, Encik Muhammad Sadikin Muhamad Jailani berasa terharu bercampur gembira beliau dapat membantu individu itu mengubah haluan dalam hidupnya.



"Secara umumnya, apabila anda menangani pesalah dadah, apa yang benar-benar menggembirakan ialah apabila anda melihat mereka mempunyai azam kuat mahu berubah menjadi lebih baik.



"Contohnya, dalam kes pesalah melaporkan diri kepada kami, apabila mereka tidak gagal melaporkan diri dan ujian air kencing mereka sentiasa negatif bagi dadah dan apabila kaunselor dan pembimbing kerjaya mereka memberi maklum balas baik mengenai prestasi pekerjaan mereka, ia membuat saya rasa tugas yang saya lakukan ini amat bermakna," kongsi beliau.



Encik Sadikin, 27 tahun, merupakan pegawai bertanggungjawab (penyeliaan) bagi Divisyen 'G' Penguatkuasaan di cawangan Biro Narkotik Pusat (CNB) di Bedok.



Beliau menyelia dan mengendalikan program penyeliaan dadah, termasuk menguruskan permintaan oleh penyalah guna dadah untuk ke luar negara, menilai mereka bagi semakan perintah ujian air kencing dan menangani isu disiplin.



Tahun ini, beliau telah dinaikkan pangkat kepada penolong superintenden.



Encik Sadikin antara 6,235 pegawai Home Team yang dinaikkan pangkat tahun ini.



Mereka merangkumi 4,082 pegawai tetap daripada jabatan Home Team dan lembaga berkanun; 2,046 anggota kerahan Perkhidmatan Negara (ORNS) daripada Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF); dan 107 anggota Pasukan Konstabel Khas Sukarela (VSC) dan Unit Relawan Pertahanan Awam (CDAU).



Encik Sadikin berkata beliau berasa rendah hati kerja kerasnya diiktiraf, namun menambah bahawa masih terdapat banyak perkara yang perlu beliau pelajari.



"Saya gembira dengan pencapaian saya tetapi saya sedar, dengan kenaikan pangkat ini terdapat jangkaan lebih tinggi," kata beliau.



Encik Sadikin mengaku beliau pada mulanya memilih menyertai CNB kerana tertarik dengan 'unsur misteri' dalam tugas yang dilakukan pegawai CNB dan misi agensi itu.



Namun, setelah mula berkhidmat bagi agensi itu, Encik Sadikin sedar akan kepentingan peranannya dan bangga dapat membantu dalam usaha membasmi masalah dadah di sini.



"Kami bangga dengan usaha penguatkuasaan kami tetapi masih ada banyak lagi kerja yang perlu dilakukan. Bak selalu diingatkan 'kurang jenayah tidak bererti tiada jenayah'," kata beliau.



Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, di majlis kenaikan pangkat Home Team di Hotel Orchard kelmarin, berkata jabatan Home Team dan lembaga berkanun berkaitan perlu terus membina budaya bekerjasama.



Beberapa inisiatif telah dilancarkan untuk terus membina budaya itu termasuk menubuhkan Pusat Operasi Home Team yang akan berkhidmat sebagai pusat '24/7' bagi semua operasi Home Team, kata beliau.



Cik Teo berkata golongan ketua juga perlu jelas tentang prinsip mereka dan melakukan perkara betul meskipun jika keputusan mereka itu tidak popular.



Namun, Cik Teo menambah bahawa walaupun usaha terbaik dilakukan, keputusan yang dibuat kadangkala mungkin salah.



"Kita perlu menerima hakikat ini. Jika keputusan awal kita bukan yang terbaik, kita mesti mempunyai keberanian menyesuaikannya dengan cepat," kata beliau, sambil menyebut dan memberi contoh tentang keputusan pemerintah membatalkan permit konsert band black metal Watain Mac lalu.




"Contohnya, dalam kes pesalah melaporkan diri kepada kami, apabila mereka tidak gagal melaporkan diri dan ujian air kencing mereka sentiasa negatif bagi dadah dan apabila kaunselor dan pembimbing kerjaya mereka memberi maklum balas baik mengenai prestasi pekerjaan mereka, ia membuat saya rasa tugas yang saya lakukan ini amat bermakna."
- Pegawai Home Team, Encik Muhammad Sadikin Muhamad Jailani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >