Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja pembangunan dihenti sementara siasatan dijalankan

Kawasan 4.5 hektar dibersih tanpa kebenaran: JTC
Feb 23, 2021 | 05:30 AM



USAHA membangun sebahagian kawasan hutan di Kranji telah dihentikan sementara siasatan dijalankan, selepas kawasan seluas 4.5 hektar di sana dibersihkan tanpa kebenaran.



Kawasan itu, yang terletak di Kranji Road dan Kranji Close, telah dibersihkan tanpa kebenaran antara Disember tahun lalu dengan 13 Januari, kata pemaju Jurong Town Corporation (JTC).



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JTC Tan Boon Khai berkata:



"Kesemua usaha pembangunan di kawasan itu telah dihentikan dan siasatan masih dijalankan.



Beliau berkata demikian semasa bertemu media semalam, untuk memberi butiran lanjut mengenai kesilapan yang menyebabkan sebahagian kawasan hutan di Kranji dibersihkan sebelum ia diluluskan bagi kerja-kerja tersebut.



Sehubungan itu, Pesuruhjaya Taman dan Rekreasi Lembaga Taman Negara (NParks), Dr Leong Chee Chiew berkata pihaknya akan melaksanakan siasatan teliti sama ada usaha pembersihan tanah itu telah melanggar undang-undang di bawah Akta Taman dan Pokok serta Akta Haiwan Liar dan Burung.



Memberi perincian mengenai kejadian tersebut JTC berkata tapak tanah itu merupakan bekas tapak laluan rel Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang dipulangkan kepada Singapura pada 1 Julai 2011.



Selepas kawasan itu dibersihkan pada 2008, ia dibiar dan tidak diuruskan sehingga pohon jenis Albizia yang tidak berasal dari sini mula tumbuh secara mendadak hingga ia menjadi hutan.



JTC menjelaskan, kawasan yang terjejas itu sebahagian 11.9 hektar yang kini telah dibersihkan bagi pembangunan Taman Inovasi Agro-Makanan.



Keseluruhannya, 25 hektar tanah telah diperuntuk bagi projek tersebut.



Sebanyak 40 peratus kawasan ini telah diperuntuk sebagai laluan hijau yang mengekalkan ciri-ciri alam semula jadi di sana.



Ini termasuk laluan hijau seluas 45 hingga 60 meter termasuk lagi 15 hingga 20 meter buffer alam semula jadi - seluas 6 hektar - yang melintangi tapak tanah itu dan menghubungkan laluan Rail Corridor dari Woodlands ke Tanjong Pagar, serta laluan ekologi antara Sungei Pang Sua dengan Sungei Mandai yang menuju ke Taman Paya Bakau dan Lumpur Mandai di keliling bahagian selatan dan barat tapak tanah itu.



JTC berkata, NParks telah meluluskan permohonan pembinaan daripada konsultan projek berkenaan untuk membersihkan beberapa plot di tapak tanah itu pada 29 Ogos 2019.



Antara 2 Mac dengan 15 Disember 2020, tanah seluas 6.8 hektar di dalam kawasan yang dibenarkan untuk dibersihkan telah ditebas.



Pada 21 Ogos tahun lalu, konsultan projek itu memohon semula pelan pembangunannya yang melibatkan pembinaan longkang baru yang menyalurkan air ke Sungei Pang Sua.



NParks kemudian memutuskan agar kajian dasar fauna serta Program Pengurusan dan Pemantauan Sekitaran (EMMP) dilaksanakan kerana kandungan air dari longkang itu bakal menyebabkan pencemaran alam sekitaran.



Kajian tersebut dimulakan pada 23 Disember lalu dan dijangka selesai pada April ini.



Sementara itu kerja pembersihan di beberapa plot tapak tanah - seluas 4.5 hektar - yang tidak diluluskan pihak berkuasa untuk dibersihkan terus dilakukan dari hujung Disember lalu hingga 13 Januari 2021, yang mana pembersihan silap itu telah dikesan oleh seorang pengurus projek JTC.



Menyusuli itu, Encik Tan berkata pihaknya bertanggunjawab dalam semua urusan dan penyeliaan projek berkenaan.



"Kami akan melihat sekiranya pegawai kami dan juga pihak kontraktor privet yang terlibat dalam projek ini telah mematuhi semua proses, dan bagaimana JTC boleh menguruskan dengan lebih baik lagi, agensi-agensi serta kakitangan bertauliah sedang mereka melaksanakan projek ini," ujar beliau.



Kesemua pihak bersetuju untuk bekerjasama dengan sepenuhnya dalam siasatan, kata JTC.



Sementara itu, NParks akan melaksanakan siasatan teliti sama ada terdapat pelanggaran undang-undang di bawah Akta Taman dan Pokok dan Akta Haiwan Liar, kata Dr Leong.



Beliau berkata pihaknya bertanggungjawab dalam menilai permohonan penebangan pokok, meluluskan permohonan tersebut, serta menilai kesan kepada haiwan liar dan fauna sekiranya ia dilakukan.



"Apa yang JTC telah dapati menurut aturan kejadian itu akan dirujuk apabila kami melaksanakan siasatan itu. Jadi buat masa kini, saya ingin menjelaskan bahawa di NParks, kita tidak membuat sebarang andaian terhadap siapa yang telah melakukan apa dan bila ia terjadi dan sebagainya.



"Sama ada pembersihan itu dilaksanakan semasa kajian dilakukan merupakan satu subjek siasatan ini dan kami tidak ingin memberi komen terhadap semua pihak (yang terlibat)," tegas Dr Leong.




"Kesemua usaha pembangunan di kawasan itu telah dihentikan dan siasatan masih dijalankan."
- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JTC, Encik Tan Boon Khai.



"Kami memandang insiden ini dengan serius. Ia jelas bagi kami bahawa adanya jurang dalam cara projek ini diuruskan dan cara ia diselia. Dan kita harus melakukan dengan lebih baik lagi."
- Encik Desmond Lee, Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial.



"Apa yang JTC telah dapati menurut aturan kejadian itu akan dirujuk apabila kami melaksanakan siasatan itu. Jadi buat masa kini, saya ingin menjelaskan bahawa di NParks, kita tidak membuat sebarang andaian terhadap siapa yang telah melakukan apa dan bila ia terjadi dan sebagainya. Sama ada pembersihan itu dilaksanakan semasa kajian dilakukan merupakan satu subjek siasatan ini dan kami tidak ingin memberi komen terhadap semua pihak (yang terlibat)"
- Pesuruhjaya Taman dan Rekreasi Lembaga Taman Negara (NParks), Dr Leong Chee Chiew.




KRONOLOGI INSIDEN



29 Ogos 2019:



  •  NParks memberi Arahan Bertulis bagi meluluskan permohonan konsultan projek untuk menebang pokok di Plot 4, 5 dan 9

2 Mar 2020:



  • Kerja penebangan mula dilaksana di Plot 9 (1.9 hektar) menyusuli Arahan Bertulis pada 29 Ogos 2019

21 Ogos 2020:



  •  Konsultan projek memohon semula Pelan Pembinaan melibatkan longkang baru menyalur air ke Sungei Pang Sua

  •  NParks memutuskan untuk melakukan kajian dasar fauna dan Program Pengurusan dan Pemantauan Sekitaran (EMMP) kerana terdapat risiko pencemaran bakal berlaku

Ogos hingga Sept 2020:



  • Kerja penebangan dilakukan di Plot 8, 10-1, 10-7 dan Road 2 (2.8 hektar)

3 Nov 2020:



  • Konsultan projek memohon keizinan NParks untuk membersihkan Plot 1, 2, 10-5 dan 10-6

  • Namun hanya sebahagian Plot 1 dilulus untuk ditebang dan kemudian dibersihkan pada 6 November 2020

15 Dis 2020:



  • Plot 4 dan 5 (2.1 hektar) dibersihkan menyusuli Arahan Bertulis pada 29 Ogos 2019

23 Dis 2020:



  • Konsultan kajian dasar fauna dan EMMP didapatkan

Hujung Dis 2020 hingga 13 Jan 2021:



  • Kontraktor bersihkan kawasan tambahan seluas 4.5 hektar

13 Jan 2021:



  • Seorang pengurus projek JTC mengesan penebangan silap tapak tanah itu

  • Semua kerja penebangan digantung serta-merta

  • JTC melancarkan siasatan dalaman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >