Kerja pembersihan bazar Geylang giat dijalankan
Kontraktor sasar tiga minggu untuk selesai kerja buka khemah, bersih kawasan
Jun 11, 2019 | 05:30 AM
SEMASA masyarakat Islam di Singapura sibuk beraya pada bulan Syawal ini, kerja-kerja untuk membersihkan Bazar Geylang Serai sedang giat dijalankan.
Menurut pemilik EnNiche Events, Encik Mohamed Mustaffa Shah, 35 tahun, pekerjanya telah pun mula membuka khemah seawal Syawal pertama.