Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja peningkatan bagi dua laluan MRT dijangka selesai tahun ini

Kerja naik taraf pada Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) mula dilaksana pada 2012
Jan 19, 2023 | 05:30 AM



KERJA peningkatan kepada Laluan Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) dijangka selesai tahun ini, sekitar sedekad selepas ia mula dilaksana pada 2012.



Berkata demikian semasa berucap di upacara pecah tanah di tapak stesen MRT Bright Hill bagi Laluan Rentas Pulau (CRL) semalam, Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, berkata kerja peningkatan telah selesai bagi tiga daripada enam bidang teras bagi kedua-dua laluan yang sudah beroperasi selama 35 tahun itu.



Tiga daripada enam sistem teras itu - sistem isyarat, penyokong landasan, atau sleeper, dan landasan ketiga - telah digantikan sejauh ini.



Hasilnya, Encik Iswaran berkata ia telah, antara lain, mengurangkan waktu menunggu dan memastikan perjalanan yang lebih lancar.



Kerja peningkatan bagi tiga sistem teras lain termasuk sistem kuasa, litar landasan dan kereta api masih dijalankan, tambahnya.



Pembaharuan sistem bekalan kuasa sudah lebih 80 peratus siap, manakala penggantian litar landasan pula sudah 93 peratus selesai.



Sementara itu, kereta api baru juga kini dalam fasa terakhir ujian sebelum digunakan, kata Encik Iswaran.



Laluan Utara-Selatan (NSL) merupakan laluan MRT pertama Singapura yang mula beroperasi pada November 1987.



Ini diikuti dengan Laluan Timur-Barat (EWL) yang mula beroperasi pada Disember 1987.



Kini, rangkaian MRT Singapura mempunyai enam laluan MRT, dengan lebih 140 stesen.



Malah, rangkaian MRT itu akan diperluas sebanyak 100 kilometer lagi sepanjang sedekad akan datang.



Ini termasuk dengan pembangunan Laluan Daerah Jurong (JRL) dan Laluan Rentas Pulau (CRL).



Apabila siap dibina nanti, Encik Iswaran berkata lapan daripada 10 isi rumah akan tinggal sekitar 10 minit jalan kaki dari sebuah stesen MRT.



Beliau turut menarik perhatian usaha memperluas rangkaian MRT itu sebagai teras utama dalam usaha keseluruhan untuk meningkatkan sistem pengangkutan Singapura dari awal ke akhir perjalanan.



"Menjelang 2030, kita akan melaksana lorong bas khusus di Koridor Keutamaan Transiti (TPC) sepanjang 60 kilometer; mempunyai tambahan 800 kilometer laluan berbasikal; serta menyesuaikan jalan raya bagi laluan pejalan kaki yang lebih luas serta jalan raya yang boleh diakses pejalan kaki sahaja.



"Menjelang 2040, kita akan ada tambahan 150 kilometer laluan penghubung bertutup antara stesen MRT, kawasan perumahan dan kemudahan.



"Setiap satu daripada inisiatif itu penting dan secara bersama, ia juga dapat memenuhi keperluan dan aspirasi warga Singapura bagi rangkaian pengangkutan yang mampan, mudah diakses dan berdaya tahan," kata Encik Iswaran.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kewangan), Encik Chee Hong Tat, yang turut hadir di upacara pecah tanah fasa pertama CRL semalam, berkata CRL dan pembangunan prasarana lain yang berkaitan dengannya dapat meningkatkan lagi keterhubungan dari awal hingga akhir perjalanan di kawasan Bishan-Toa Payoh.



"Selain laluan MRT yang baru itu, laluan yang lebih luas akan dibangunkan untuk berjalan dan berbasikal serta lorong bas yang khusus di TPC di Sin Ming Avenue.



"Dengan ini, penduduk boleh menikmati keterhubungan lebih baik ke stesen MRT, Taman Bishan-Ang Mo Kio, Sekolah Ai Tong dan Maktab Rendah Eunoia," ujar Encik Chee, yang juga Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh.



Tambahnya, mereka juga akan terus berbincang bersama Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan agensi lain berhubung rancangan untuk membangunkan khidmat masyarakat dan komersial sekitar stesen MRT Bright Hill bagi manfaat penumpang dan penduduk yang tinggal di estet berdekatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >