Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja pertingkat Masjid Khadijah dan pusat sumber RRG bakal siap 2023

Apr 29, 2021 | 07:01 PM



RANCANGAN memberi nafas baru kepada Masjid Khadijah, serta meluaskan Pusat Sumber dan Kaunseling Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) yang terletak di tingkat dua masjid tersebut, telah diumumkan pada Khamis (29 Apr).



Antaranya ialah rancangan membina galeri luar pusat tersebut, dewan serbaguna lebih luas, serta memasang lif baru di masjid di Geylang Road yang berusia lebih 100 tahun itu. Projek itu dijangka siap pada 2023.



Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang menghadiri majlis untuk mengumumkan projek itu pada Khamis, berkata usaha peningkatan itu tepat pada masanya dan akan meningkatkan usaha RRG dalam mendekati masyarakat bagi menentang ideologi radikal.



Dalam ucapannya, beliau berkata RRG memainkan peranan penting memupuk keharmonian antara kaum dan agama di Singapura, serta menyebar ajaran Islam yang sebenar.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >