Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Kerja rumah' lebih seimbang dapat sokong wanita capai potensi: Rahayu

Mar 08, 2021 | 05:30 AM



PEMBAHAGIAN kerja rumah yang tidak seimbang antara kaum Adam dan Hawa menjadi lebih ketara semasa pandemik Covid-19 ini, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Dengan lebih ramai yang bekerja dari rumah, garis pemisah antara tanggungjawab kerja dan rumah semakin tidak jelas, memberi tekanan terutamanya kepada golongan ibu bekerja untuk mengimbangi pelbagai peranan itu.



"Dengan lebih banyak tanggungjawab domestik diserahkan kepada wanita, ia boleh jejas prestasi mereka di kerja, atau keupayaan mereka untuk mendaki tangga kerjaya. Ini semua menjadi lebih ketara semasa pandemik ini," ujar Cik Rahayu.



Ini merupakan antara cabaran yang masih membelenggu golongan wanita di Singapura hari ini, dan menghambat mereka untuk mencapai potensi yang sepenuhnya, kata Cik Rahayu dalam satu wawancara dengan Berita Harian sempena Hari Wanita Antarabangsa hari ini.



Sungguhpun begitu, Cik Rahayu berkata beliau gembira melihat semakin ramai kaum bapa yang tampil memainkan peranan lebih aktif untuk memastikan tanggungjawab yang lebih seimbang.



"Generasi baru bapa muda, boleh dikatakan mereka kini lebih aktif memainkan peranan mereka.



"Kerja seperti menukar lampin, mereka tak kata ini tugas wanita sahaja. Saya gembira melihat perubahan ini. Kami perlu lebih ramai lelaki seperti ini," ujar Cik Rahayu.



Beliau sendiri bersyukur mempunyai sistem sokongan keluarga yang kukuh, termasuk suami yang sama-sama menggalas peranan menjaga anak lelaki mereka, khususnya pada hujung minggu, apabila beliau sibuk dengan tugas dalam masyarakat.



Pelbagai isu wanita telah ditimbulkan dalam satu siri dialog Perbincangan Mengenai Pembangunan Wanita Singapura sejak September lalu.



Ini sebahagian daripada satu semakan menyeluruh berkenaan isu melibatkan kaum Hawa untuk mencetus perubahan minda tentang kesetaraan jantina di Singapura.



Cik Rahayu merupakan antara tiga pemegang jawatan politik wanita yang menerajui semakan itu, selain Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling; dan Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling.



Tahun 2021 juga telah diisytiharkan sebagai 'Tahun Meraikan Wanita Singapura'.



Oleh itu, pelbagai inisiatif ini telah memupuk lebih banyak kesedaran tentang isu wanita, kata Cik Rahayu, yang bersama beberapa AP wanita lain turut berucap tentang isu tersebut di Parlimen baru-baru ini.



Secara keseluruhannya, beberapa petanda menunjukkan banyak yang telah dikecapi golongan wanita di Singapura, kata Cik Rahayu.



Antara lain, bilangan wanita dalam tenaga kerja Singapura juga kekal tinggi, bahkan meningkat dalam pandemik.



Di kemuncak pandemik, kadar pekerjaan wanita mencapai 73.2 peratus, kata Cik Rahayu.



Namun, isu tentang wanita mendapat lebih perhatian setelah timbul beberapa kes keganasan terhadap wanita dalam beberapa tahun lalu, sekali gus mendorong semakan mengenai isu wanita itu.



Oleh itu, antara perkara yang menjadi keprihatinan ialah sokongan bagi wanita yang terjejas dengan keganasan rumah tangga, serta wanita warga emas yang tinggal sebata kara dan kurang sokongan keluarga.



Maklum balas dan saranan dalam siri dialog itu akan dijadikan asas satu Kertas Putih yang akan dibentangkan di Parlimen pada pertengahan kedua tahun ini.




LEBIH RAMAI LELAKI SEPERTI INI DIPERLUKAN



"Dengan lebih banyak tanggungjawab domestik diserahkan kepada wanita, ia boleh jejas prestasi mereka di kerja, atau keupayaan mereka untuk mendaki tangga kerjaya. Ini semua menjadi lebih ketara semasa pandemik ini.



Generasi baru bapa muda, boleh dikatakan mereka kini lebih aktif memainkan peranan mereka.



Kerja seperti menukar lampin, mereka tak kata ini tugas wanita sahaja. Saya gembira melihat perubahan ini. Kami perlu lebih ramai lelaki seperti ini."
- Cik Rahayu Mahzam, Setiausaha Parlimen (Kesihatan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >