Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja ubah suai Masjid Abdul Gafoor dijangka siap Jun 2020

Feb 28, 2020 | 05:30 AM



BANGUNANNYA penuh sejarah, identitinya penuh keunikan.



Demikian yang dapat disimpulkan apabila melihat nilai tradisi yang ada pada Masjid Abdul Gafoor.



Masjid ini masih lagi meneruskan Projek Wakaf atau Sadaqah untuk mengumpul dana bagi kerja-kerja pemulihan dan naik taraf prasarana masjid.



Tujuan projek ini diadakan adalah untuk memastikan agar masjid yang berusia lebih dari 113 tahun ini, terus relevan dalam masyarakat Islam di Singapura.



Pengubahsuaian ini penting bagi penyediaan ruang ibadah yang selesa untuk para jemaah yang hadir ke masjid tersebut.



Dengan penambahbaikan ini juga, masjid dapat meneruskan kelangsungan program-program dakwah yang akan dijalankan dengan sebaiknya.



Menurut pengerusi masjid Paiman Supangat pelbagai usaha sudah dijalankan oleh pihaknya.



"Antaranya, kami telah mengadakan rayuan derma melalui tabung keluarga, jualan amal, projek wakaf, surat rayuan dan sebagainya.



"Oleh yang demikian, pihak kami amat mengharapkan sokongan masyarakat Islam untuk terus membantu kami bagi mendapatkan dana yang diperlukan.



"Kami juga merayu agar lebih ramai masyarakat Islam dapat tampil membantu dan menderma seikhlasnya demi usaha kami dalam mentadbir dan memperbaiki rumah Allah yang penuh keberkatan ini," kata Encik Paiman.



Masjid Abdul Gafoor sedang giat mengumpul dana yang masih kekurangan $1.5 juta dalam masa empat bulan ini kerana kerja-kerja pengubahsuaian tersebut dijangka siap Jun 2020.



Sumbangan atau derma anda boleh diterima melalui pemindahan wang melalui akaun bank OCBC yang bernombor 5018 5778 3001.



Bagi sesiapa yang ingin memberikan sumbangan dari rumah, anda boleh menghubungi pihak masjid di talian 6295-4209 dengan derma minimum $100.



Sumbangan secara langsung melalui wang tunai atau NETS juga sangat dialu-alukan.



Sila kunjungi pejabat masjid yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin-Jumaat) dan 9 pagi hingga 1 tengah hari (Sabtu).



Bagi cara pendermaan melalui cek, anda boleh menyertakan nama 'Masjid Abdul Gafoor' untuk meneruskan urusan kebajikan anda.



Sila layari laman rasmi masjid www.abdulgafoormosque.sg bagi mendapatkan maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >