Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN Z

Kerjasama 4PM-ITE bawa kesan positif kepada pelajar: Maliki

Nov 27, 2021 | 05:30 AM



KERJASAMA yang kukuh dan telah lama dijalin antara Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah meninggalkan kesan mendalam dan positif bagi para pelajar institut tersebut.



Kerjasama tersebut termasuk dalam program Projek Bestari ITE, telah menyediakan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai seperti pembelajaran sepanjang hayat dan kerja sepasukan selain memupuk semangat saling membantu.



Demikian dinyatakan Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, semasa majlis penyampaian anugerah Bestari 4PM yang buat kali pertama diadakan secara dalam talian sepenuhnya pagi semalam.



Beliau berkata, di samping itu, program tersebut juga telah membantu membangunkan keyakinan dan daya tahan para pelajar.



"Saya berbesar hati Projek Bestari ITE atau Project bITE, telah mencakupi dan memberi manfaat kepada lebih 30,000 pelajar daripada pelbagai kaum dan latar belakang," ujar beliau.



Dr Maliki menjelaskan, usaha 4PM membangunkan golongan belia secara menyeluruh dan memperkasa mereka untuk memenuhi sepenuhnya potensi masing-masing melengkapkan usaha pemerintah dalam menyediakan peluang terbaik bagi para pelajar di sini.



Beliau memberi contoh Semakan Peluang dan Laluan dalam Pendidikan Gunaan yang dipengerusinya, bersama-sama dengan wakil daripada sektor masyarakat, awam dan privet.



"Semakan ini telah mendekati pihak-pihak berkepentingan dan meneliti bagaimana untuk memberi sokongan kepada kekuatan unik dan minat para pelajar serta lulusan ITE dan politeknik. Ini supaya mereka dapat dilengkapkan dengan kemahiran relevan sedang mereka memulakan kerjaya mereka.



"Menerusi proses ini, kami telah mendapatkan pandangan sekitar 1,200 pihak berkepentingan termasuk pelajar, bekas pelajar, pendidik dan ibu bapa mengenai aspirasi mereka dalam sektor pendidikan gunaan, dan saranan kami akan diumumkan tahun depan," jelas Dr Maliki.



Sementara itu, mengulas kerjasama 4PM dengan ITE, naib presiden persatuan tersebut, Encik Muhd Saufi Abdul Rashid, berkata sumbangan berterusan oleh relawan 4PM yang terdiri daripada bekas pelajar ITE serta penerima anugerah berkenaan juga telah membantu persatuan itu mencipta program-program yang relevan dalam masa terkini.



Ini termasuk relawan yang telah terus menyumbangkan masa, tenaga dan idea semasa pandemik Covid-19 ini.



"Sedang tahun ini akan berakhir tidak lama lagi, apa yang kami dapat pelajari pada 2021 ini adalah perubahan itu penting untuk kami terus maju," kata Encik Saufi yang juga pengerusi Projek bITE.



Beliau berkata inisiatif seperti anugerah Bestari dan Kelab Bestari adalah antara pemacu yang dapat membolehkan setiap pelajar merealisasikan keupayaan mereka dengan sepenuhnya.



"Menerusi usaha ini, kami yakin dapat membangunkan pemimpin yang mahir, dan bermotivasi dalam kalangan anda (pemenang anugerah)."



Seramai 45 pelajar ITE telah diiktiraf dengan anugerah tersebut tahun ini; 36 pelajar bagi pencapaian akademik dan sembilan bagi pencapaian bukan akademik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >