Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUMBANGAN DERMA KEPADA BADAN AMAL

Kerjasama AMP, firma fintech perluas jangkauan derma

Dec 24, 2022 | 05:30 AM



DENGAN bekerjasama dengan syarikat fintech GivePlease, AMP telah dapat menarik lebih ramai orang untuk menyumbang derma.



Melalui kerjasama itu, orang ramai kini boleh menderma melalui terminal GivePlease yang ditempatkan di beberapa kedai makanan, kata Cik Shiffa Khumaira Abdul Khaliq, Pengurus Pengumpulan Dana AMP.



Kerjasama itu, yang bermula pada 2021, dibentuk untuk memupuk budaya menderma masyarakat Melayu/Islam di Singapura dan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan seharian.



Dengan wadah digital GivePlease, pengguna boleh menderma atau membayar zakat hanya dengan sentuhan kad debit atau kredit mereka.



Penderma hanya perlu menyentuhkan kad kredit atau debit mereka menggunakan teknologi payWave pada terminal untuk menderma dan log masuk ke dalam SingPass bagi mendapat pengecualian cukai berganda 2.5 kali.



"GivePlease merupakan satu-satunya pembekal perkhidmatan yang mengintegrasikan fungsi Singpass dalam terminal mereka, langsung mampu mengesahkan identiti penderma bagi tujuan pengecualian cukai.



"Pengguna aplikasi Singpass hanya perlu mengimbas kod QR, berikan kebenaran untuk maklumat mereka dikongsi dan borang akan diisi secara automatik," kata Cik Shiffa.



Sejauh ini, sekitar $14,000 telah dikumpul merentasi empat terminal GivePlease yang diletak di kafe The Quotation di Upper Aljunied Link, kedai makan Selera Serambi by Tang Tea House di Wisma Geylang Serai dan kedua-dua cawangan Yumen Hut di Downtown East dan E!Avenue.



Sebelum ini, AMP menerima derma menerusi laman web (ampdonate.sg), cek, dan wang tunai.



Pungutan dan pembayaran zakat kadangkala sesuatu yang rumit dan mengambil masa yang panjang, terutama semasa pandemik Covid-19 di mana sumbangan yang dibuat secara langsung sangat terhad.



Kerjasama antara AMP dengan GivePlease bakal mengubah proses pembayaran zakat dan sumbangan derma secara holistik bagi masyarakat Melayu/Islam, sejajar dengan peralihan kepada pembayaran secara digital dan kurangnya penggunaan wang tunai.



Ia juga merupakan satu lagi cara untuk orang ramai menderma kepada AMP tanpa perlu mengirimkan cek atau wang tunai, mahupun melungsuri laman web AMP.



Sebagai sebahagian usahanya meningkatkan jangkauan kutipan derma, Cik Shiffa berkata AMP akan turut menjadi lebih aktif dalam mendekati badan-badan korporat untuk menyokong program persatuan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >