PAKAR antarabangsa dalam bidang sukan kurang upaya akan menganjurkan kursus di Singapura bagi mengongsi pengetahuan mereka dengan jurulatih tempatan di bawah satu kerjasama yang diumumkan Rabu lalu antara Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dengan Sport Singapore (SportSG).
Kursus itu akan dijalankan beberapa kali setiap tahun, yang disasarkan kepada mereka yang melatih atlit Paralimpik serta jurulatih lain yang ingin mengajar sukan kurang upaya.