ALTERNATIF yang lebih selamat untuk bateri lithium-ion akan dapat dihasilkan tidak lama lagi, setelah satu kerjasama antara Singapura dengan pengeluar tenaga bersih dari Canada, dimeterai semalam.
NanoBio Lab Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) dan Hydro-Québec Canada telah menandatangai Memorandum Persefahaman (MOU) untuk bersama membiayai makmal AS$20 juta ($26.3 juta) bagi penyelidikan bateri, menurut satu kenyataan A*STAR semalam.