Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama bagi masa depan digital bersama: Iswaran

Trend turut didorong pandemik Covid-19 yang telah percepat proses pendigitalan S'pura
Nov 17, 2020 | 05:30 AM



SEDANG Singapura berdepan dengan titik perubahan dalam usaha pendigitalannya, pemerintah semakin giat mendapatkan sokongan rakan industri untuk memastikan pendigitalan dapat memperbaiki kehidupan dan mata pencarian.



Pandemik Covid-19 telah mempercepat proses pendigitalan Singapura, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan S Iswaran, sambil menambah bahawa kerjasama lebih rapat antara pemerintah dan rakan industri adalah perlu bagi mengorak langkah ke arah masa depan digital bersama.



Namun, kerjasama ini bukan sahaja penting pada peringkat pelaksanaan, malah juga pada tahap penjanaan idea.



Dalam ucapannya di Persidangan Wawasan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) yang diadakan di Pusat Expo dan Konvensyen Sands semalam, Encik Iswaran berkata:



"Saya rasa Covid-19, enam bulan kebelakangan ini betul-betul merupakan titik perubahan digital.



"Jika anda lihat SME (syarikat kecil dan sederhana) yang beralih kepada pendigitalan, jumlahnya berganda dalam enam bulan kebelakangan ini... transaksi e-bayaran lebih dari tiga kali ganda.



"Ramai di antara kami dalam industri akur perubahan yang kami jangkakan dua, tiga tahun akan datang telah berlaku hanya dalam enam bulan lalu.



"Jadi (pendigitalan) telah berubah dari tidak perlu ada kepada boleh ada, kemudian baik untuk ada, dan kini mesti ada," tambahnya. Oleh itu, untuk mempunyai masa depan digital bersama, rakan kerja industri mesti tampil ke hadapan dan memperluas kerjasama.



"Kita perlu memperluaskan cara kita bekerjasama, kerana persekitaran mencabar, ia mudah berubah, dan kita melihat perubahan yang ketara.



"Pada peringkat penjanaan idea, mewujudkan kemungkinan baru, tanpa mengira hambatan yang mungkin anda hadapi... di sinilah kita memerlukan kerjasama dengan sektor swasta.



"Yang penting ialah mempunyai keyakinan untuk menjana idea baru dan berganding dalam kerjasama yang erat," ujar Encik Iswaran.



Dalam pada itu, beliau akur ada di antara syarikat dalam sektor swasta yang teragak-agak dalam mengemukakan idea-idea baru kerana mereka risau tanggapan pemerintah terhadap idea-idea tersebut.



Namun, Encik Iswaran menekankan pemerintah secara umumnya terbuka dan menyambut baik cadangan-cadangan kreatif itu.



Beliau turut mengumumkan satu inisiatif baru - infrastruktur data bersama untuk memudahkan perkongsian data yang dipercayai dan selamat antara syarikat dalam rantaian bekalan.



Infrastruktur itu bertujuan menghubungkan syarikat-syarikat berbeza yang terlibat dalam rantaian nilai yang sama, misalnya syarikat logistik, perusahaan setempat dan bank.



"Ini akan menghapuskan aliran kertas, meningkatkan aliran data, meningkatkan kejelasan dan keupayaan untuk menilai; serta menghapuskan keperluan dokumentasi kertas bagi mengesahkan transaksi dan pergerakan produk.



"Ini adalah perkara penting bagi institusi kewangan," jelas beliau.



Dihadiri 500 individu secara dalam talian dan secara fizikal, Persidangan Wawasan MCI semalam, yang bertemakan Mewujudkan Peluang Baru, Membentuk Masa Depan Digital yang Berjaya bagi Semua, bertujuan membincangkan kerjasama antara pemerintah dan rakan kongsi masyarakat dan industri dalam mencorak transformasi digital negara agar Singapura dapat muncul lebih berdaya tahan, inklusif serta mampan pasca-Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >