Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAWATAN PERDANA MENTERI NEW ZEALAND JACINDA ARDERN KE SINGAPURA

Kerjasama baru dalam inovasi dagangan, makanan dan teknologi

Apr 21, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan New Zealand semalam menandatangani dua perjanjian baru untuk mempergiat kerjasama dalam bidang inovasi perdagangan, makanan dan teknologi.



Kerjasama Dipertingkat bagi Aturan Pertumbuhan antara agensi Perdagangan dan Perusahaan New Zealand dengan agensi Enterprise Singapore itu bertujuan menggalakkan pemimpin perniagaan daripada kededua negara mengongsi kepakaran dan ilmu, serta memperdalam perikatan perniagaan dalam bidang seperti perdagangan, kesalinghubungan dan teknologi baru.



Institut Teknologi Singapura turut menandatangani perjanjian kerjasama dengan The FoodBowl, rangkaian inovasi makanan yang disokong pemerintah New Zealand, untuk membangunkan inovasi makanan mampan.



Majlis memeterai kerjasama itu dihadiri Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, dan Menteri Perdagangan dan Pertumbuhan Eksport New Zealand, Encik Damien O'Connor, di 67 Pall Mall di Shaw Centre.



Berucap di majlis itu, Cik Ardern berkata beliau teruja kerjasama itu boleh membawa kededua negara bersama menyelesaikan masalah global dalam menghadapi cabaran penduduk menua, sisa makanan yang semakin meningkat dan kenaikan permintaan pengguna terhadap nutrisi.



"Selalunya hubungan kami ditakrifkan oleh persaingan. Dan ya, ada kelebihan untuk mengekalkan kelebihan daya saing bagi memacu huraian, tetapi beberapa huraian harus kita usahakan bersama, jika kita mahu menyelesaikannya," kata Cik Ardern.



Beliau juga merujuk kepada kenyataan Encik O'Connor:



"Beliau sering berkata adalah satu perkara bagi sebuah negara untuk bercita-cita menjadi yang terbaik di dunia.



"Tetapi sebagai pengeluar makanan utama, sebagai pengeksport, sebagai penginovasi, sebagai penyelesai masalah - kita perlu bercita-cita untuk menjadi yang terbaik untuk dunia."



Cik Ardern dijadual berangkat dari Singapura semalam menuju ke Jepun bagi lawatan seterusnya.



Pesuruhjaya Perdagangan New Zealand ke Singapura, Cik Maggie Christie, berkata kedua-dua perjanjian mengukuhkan kepentingan strategik rangkaian perniagaan Singapura dan New Zealand, serta nilai bersama kedua-dua negara.



"Kita berdua negara pulau kecil yang memberi tumpuan kepada kemampanan, keselamatan makanan dan usaha melindungi perdagangan kita untuk masa hadapan, dan kedua-dua negara mempunyai orang yang sangat bersemangat dan berbakat yang bekerjasama untuk mewujudkannya," katanya.



Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi Enterprise Singapore, Encik Jeffrey Siow, berkata syarikat tempatan yang akan mendapat manfaat daripada perkongsian baru itu termasuk firma pengangkutan darat ComfortDelgro, yang telah dianugerahkan kontrak $1.13 bilion untuk mengendalikan perkhidmatan kereta api di Auckland, dan syarikat pertanian makanan Olam, yang anak syarikatnya, Olam Food Ingredients, mengesahkan rancangan untuk melabur lebih $100 juta dalam kemudahan pemprosesan tenusu di Waikato.



Firma lebih kecil seperti syarikat penyewaan e-skuter Neuron Mobility dan syarikat ekopelancongan Big Tiny, yang membina "rumah kecil" mesra alam, juga mempunyai kehadiran di New Zealand, tambahnya.



"New Zealand ialah sebuah negara yang dikenali kebanyakan kita," kata Encik Siow.



"Mereka terbuka, mereka berhubung, mereka berasaskan peraturan dan mereka sangat properdagangan, dan properniagaan. Jadi kami fikir syarikat akan mendapati keadaan yang sesuai untuk kami bekerja di sana."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >