Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama baru promosi kesihatan mental, fizikal di tempat kerja

Jun 23, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH kerjasama baru akan mendekati perniagaan di sini untuk menggalak kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja menerusi dialog dan produk kesihatan lebih murah di tempat kerja.



Khidmat Penjagaan Masyarakat Lutheran (LCCS) telah bekerjasama dengan penghasil produk perubatan ICM Pharma untuk menyediakan produk jagaan kesihatan itu kepada tempat kerja dan menggalak amalan galak kesejahteraan seperti pengurusan pertengkaran serta pembinaan hubungan antara pekerja, lapor The Straits Times semalam.



LCCS akan mendekati pekerja menerusi dialog yang diketuai kakitangan mereka untuk memudahkan perbincangan berkenaan pengurusan hubungan sesama pekerja serta kesejahteraan kesihatan mental.



Projek tersebut bermatlamat bekerjasama dengan sebanyak 100 syarikat menjelang hujung 2023.



Pengarah eksekutif LCCS Justin Mui berkata: "Dengan membekalkan produk penjagaan kesihatan kepada pekerja, ia menandakan bahawa majikan memupuk budaya tempat kerja yang memberi tumpuan kepada kebajikan mereka."



ICM Pharma akan menawarkan pek jagaan yang mengandungi sanitizer tangan dan ubat kumur berharga $4.90, iaitu separuh harga yang didapati di pasaran, kata LCCS.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (gambar atas) mengumumkan kerjasama itu semalam dalam ucapannya di Sidang Pemulihan Kelima LCCS, yang menekankan keperluan usaha seluruh masyarakat menggalak kesejahteraan dan memperkukuhkan hubungan sesama masyarakat.



Beliau berkata bahawa apabila pandemik sampai ke tahap kemuncaknya, beberapa isu sosial seperti keganasan dalam keluarga dan isu kesihatan mental menjadi keprihatinan besar.



"Daripada isu-isu tersebut, ia mungkin telah ditambah teruk akibat tekanan, pertengkaran serta hubungan terputus yang dialami individu di dalam keluarga mereka, dalam masyarakat dan tempat kerja mereka," tambah Encik Masagos.



Dalam satu tinjauan oleh syarikat sofwe Oracle tahun lalu, ia mendapati seramai tujuh individu dalam setiap 10 penduduk Singapura telah menyatakan, 2021 adalah tahun yang paling stres bagi mereka dalam pekerjaan, dengan lebih separuh mengalami cabaran kesihatan mental di tempat kerja berbanding tahun sebelumnya.



Encik Masagos berkata, isu-isu seperti itu tidak boleh diselesaikan menerusi hanya satu agensi atau sektor sahaja, namun memerlukan orang ramai, serta sektor privet dan sektor awam untuk bekerjasama.



Untuk mendekati sektor privet LCCS telah melancarkan kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) dalam pembinaan hubungan di tempat kerja menerusi amalan pemulihan Disember lalu.



Ia bermatlamat melengkapkan pekerja profesional dari semua sektor membina budaya tempat kerja yang positif bagi mempertingkatkan kesejahteraan pekerja.



Hari pertama sidang dalam talian itu dihadiri lebih 150 orang yang menyertai sebuah dialog bagi membina tempat kerja inklusif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >