Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama bolehkan pelajar ITE manfaat kepakaran sektor binaan

Mar 24, 2022 | 05:30 AM



MULAI tahun ini, para pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh memanfaatkan kepakaran dalam sektor pembinaan selepas ia menjalin kerjasama selama lima tahun dengan firma persekitaran binaan tempatan, Soilbuild Construction Group.



Persekitaran binaan terdiri daripada industri seperti pembinaan, pengurusan kemudahan dan hartanah.



Sebagai sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani kelmarin, Soilbuild akan bekerjasama dengan ITE bagi mempertingkatkan kemahiran pelajar selain mempersiapkan mereka menjadi sebahagian daripada tenaga kerja industri tersebut, mengikut piawaiannya.



Antara lain, firma itu juga akan menyediakan kepakaran teknikal untuk menyokong ITE dalam membangunkan kurikulum latihan dan sumber mengenai aspek seperti aliran kerja digital dalam pembinaan bangunan.



Peluang pembangunan keupayaan untuk kakitangan ITE dan peluang pembelajaran dunia sebenar untuk para pelajarnya juga akan disediakan.



Ini akan dilakukan menerusi program kerja sambil belajar untuk pelajar, perjalanan pembelajaran, sesi perkongsian, kerahan kakitangan dan projek bersama, serta program jangkauan.



Sehubungan itu, Soilbuild akan berkongsi model Pemodelan Maklumat Bangunan, di mana ITE boleh menggunakannya sebagai kajian kes supaya pelajar boleh belajar melalui contoh yang asli.



Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Soilbuild, Encik Ganessaraj Soocelaraj berharap perkongsian itu dapat menyuntik lebih pengetahuan dan memberi inspirasi kepada lebih ramai pelajar ITE untuk meneroka laluan kerjaya dalam sektor ini.



Beliau berkata: "Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan ITE dalam perkongsian strategik pertama seumpamanya dalam Persekitaran Binaan.



"Ini merupakan kerjasama yang sangat menarik yang akan mewujudkan peluang bermakna, bukan sahaja untuk pelajar ITE sedia ada tetapi juga bagi mereka yang membuat keputusan untuk membuat peralihan kerjaya ke Persekitaran Binaan.



"Terdapat banyak peluang, terutamanya dengan dorongan ke arah penggunaan yang lebih besar bagi pembuatan luar tapak, yang lebih bergantung pada set kemahiran khusus daripada kerja konvensional di tapak pembinaan."



Mengulas tentang kerjasama ini, Ketua eksekutif ITE, Cik Low Khah Gek berkata institusi itu teruja dengan sokongan yang diberikan oleh Soilbuild, salah satu peneraju industri pembangunan.



"Dengan komitmen Soilbuild dalam merintis dan mengguna pakai pendekatan baru untuk memanfaatkan produktiviti yang lebih besar dalam industri pembinaan, kami boleh berharap untuk meningkatkan lagi bakat yang lebih kukuh, serta menaikkan semangat pekerja dalam Sektor Persekitaran Binaan," ujar beliau.



Pada masa ini, ITE menawarkan enam kursus Nitec, enam kursus Nitec Tinggi dan empat kursus diploma pengajian kerja yang berkaitan dengan industri persekitaran binaan.



Cik Low berkata setiap tahun, sekitar 660 pelajar Nitec dan 540 pelajar Nitec Tinggi lulus daripada kursus ini.



ITE dan Soilbuild juga berhasrat untuk membangunkan dan menyampaikan kursus latihan untuk pelajar dewasa mulai tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >