Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama Cabaran Presiden, IMH pertingkat agensi sosial bantu masalah mental belia

Oct 08, 2021 | 05:30 AM



CABARAN Presiden akan bekerjasama dengan Institut Kesihatan Mental (IMH) untuk membangun keupayaan agensi perkhidmatan sosial dalam menguruskan kes kesihatan mental melibatkan belia, kata Presiden Halimah Yacob.



Ini menambah kepada usaha Cabaran Presiden bagi menyokong kesihatan mental yang sejak 2018, telah memperuntuk hampir $1.8 juta bagi menyokong 12 program dalam bidang ini.



Demikian diumumkan Puan Halimah semalam semasa berucap di Persidangan dan Pertemuan Maya bagi Kesihatan Mental Asia Pasifik Ketiga.



Mengulas lebih lanjut mengenai kerjasama Cabaran Presiden dengan IMH, Puan Halimah berkata:



"Sebagai permulaan, kami memutuskan untuk memberi tumpuan kepada belia kerana saya amat prihatin mengenai cabaran yang dihadapi oleh generasi kita yang lebih muda.



"Dalam tempoh lima tahun dari 2015 hingga 2020, bilangan orang muda yang pergi ke IMH bagi kemurungan telah bertambah sekitar 60 peratus. Secara anekdot pula, kita juga mendengar lebih ramai pelajar menghadapi isu berhubung stres.



"Kita harus melakukan sesuatu secepat mungkin, sebagai masyarakat, untuk menghentikan trend ini. Saya menggesa agensi perkhidmatan sosial (SSA) kita untuk menyertai projek ini untuk membantu golongan belia yang menghadapi tekanan mental."



Dalam pada itu, Puan Halimah juga menekankan peri penting usaha satu negara untuk membantu orang yang mengalami masalah kesihatan mental kerana ia rumit dan merentas pelbagai bidang.



Ini melebihi bantuan yang diberikan oleh seluruh pemerintah, kata beliau.



Sebagai contoh, Puan Halimah berkata SSA yang diberikan sokongan sewajarnya boleh berada dalam kedudukan baik untuk memberi jagaan dalam masyarakat kepada orang yang mempunyai masalah kesihatan mental kerana SSA sedemikian lebih terhubung dengan mereka dan berada berhampiran dengan rumah mereka.



"Saya berharap sektor sosial kita boleh mempertingkat usaha dalam bidang ini dan memperkukuh lagi usaha yang dipimpin pemerintah. Cara penjagaan baru ini berpotensi mengubah keseluruhannya pendekatan kita terhadap jagaan kesihatan mental," ujar Puan Halimah.



Baru-baru ini, pemerintah telah mengumumkan pembentukan pasukan bertindak berbilang agensi untuk mengawasi usaha di peringkat nasional untuk melindungi kesihatan mental dan kesejahteraan warga.



Persidangan dan Pertemuan Maya bagi Kesihatan Mental Asia Pasifik Ketiga ini diadakan selama dua hari dan menghimpunkan penyokong, pengamal dan pakar kesihatan mental dalam membincangkan cabaran dan huraian kesihatan mental.




"Sebagai permulaan, kami memutuskan untuk memberi tumpuan kepada belia kerana saya amat prihatin mengenai cabaran yang dihadapi oleh generasi kita yang lebih muda.



...Saya berharap sektor sosial kita boleh mempertingkat usaha dalam bidang ini dan memperkukuh lagi usaha yang dipimpin pemerintah. Cara penjagaan baru ini berpotensi mengubah keseluruhannya pendekatan kita terhadap jagaan kesihatan mental."
- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >