Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Kerjasama dengan GovTech agih komputer riba kepada yang memerlukan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kerjasama dengan GovTech agih komputer riba kepada yang memerlukan

Feb 10, 2021 | 05:30 AM

PENGALAMAN luasnya dalam memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dari serata dunia telah mencetuskan idea untuk membantu masyarakat setempat sewaktu pandemik Covid-19 mula menular.

"Kami mulakan inisiatif ini secara kecil-kecilan dengan menyediakan 24 buah komputer riba kepada Pusat Khidmat Keluarga (FSC)," kata Encik Johann Annuar, 46 tahun, yang merupakan pengarah eksekutif pertubuhan tidak mencari untung, Engineering Good.

Namun, pasukannya sedar bahawa tanpa bantuan pihak lain, mereka tidak mempunyai keupayaan untuk memastikan mereka yang benar-benar layak akan menerima peranti ini.

Jelas beliau: "Keprihatinan kami timbul apabila kami mahu memastikan komputer riba ini tidak diberikan kepada orang yang sama. Dengan itu, kami mula bekerjasama dengan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech), di mana mereka telah memberi peluang untuk kami menggunakan aplikasi Supply Ally."

"Aplikasi ini pada mulanya dicipta untuk memastikan setiap penduduk Singapura menerima hanya satu pelitup muka sewaktu ia baru-baru diedarkan. Tapi kini ia digunakan untuk mengesan komputer riba," jelasnya lagi.

Inisiatif Computers Against Covid yang dimulakan oleh pertubuhan itu pada April tahun lalu kini telah mengumpulkan 5,200 buah komputer riba daripada penderma, dan 3,700 daripada jumlah itu sudah dihantar kepada mereka yang memerlukan.

Dengan inisiatif ini, pertubuhan itu mendapati tiada gunanya penerima mendapat peranti ini tanpa mengetahui cara penggunaannya.

"Kami sedar memiliki laptop merupakan salah satu langkah dalam menjadi celik IT. Namun, tanpa pengetahuan dalam menggunakannya, kegunaan itu menjadi terhad," katanya.

Usaha membaik pulih komputer ini tambah beliau, dijayakan oleh kira-kira 300 sukarelawan yang menyingsing lengan dengan petugas Engineering Good.

Selain itu, pertubuhan itu juga berharap untuk meluaskan inisiatif ini kepada golongan kurang upaya untuk memberi peluang kepada mereka mendapatkan sumber seperti orang lain.

"Kami sedang berusaha untuk memastikan rakyat Singapura dari semua golongan akan menjadi celik teknologi," kata Encik Johann.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3