Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN 2017: KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Kerjasama dengan Nafa, Lasalle demi pertingkat daya kerja pelajar

Mar 08, 2017 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) akan bekerjasama dengan pusat pengajian seni Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dan Maktab Seni Lasalle bagi meningkatkan mutu program dan mempersiap pelajar memasuki tempat kerja.



Bercakap di Parlimen semalam, Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata ada manfaatnya membangunkan Nafa dan Lasalle menjadi pusat kecemerlangan pendidikan seni kreatif.



Tambahnya, MOE bakal bekerjasama dengan kededua pusat pengajian itu dalam usaha memperbaiki mutu pengajaran, memperkukuh peluang pekerjaan bagi pelajar dan menjamin daya tahannya daripada segi kewangan.



"Setiap pusat pengajian akan bergerak pada kemampuan sendiri bagi melaksanakan rancangan ini," kata Dr Faishal.



Melebihi pengajian di situ, beliau prihatin akan peluang kerja buat pelajar selepas tamat pengajian ijazah.



Menurutnya, Jawatankuasa bagi Pendidikan Swasta (CPE) sedang memperhalusi perundangan bagi pusat pendidikan swasta dengan menuntut tinjauan tahunan tentang siswazah yang mendapat pekerjaan dan penerbitan hasil tinjauan itu.



Dr Faishal juga berkongsi beberapa usaha yang dimulakan Nafa dan Lasalle bagi memberi sokongan padu kepada pelajar bagi mempersiap mereka menyertai dunia kerja.



Misalnya, Lasalle menuntut pelajar menghadiri kursus menulis 'curriculum vitae' atau CV bagi permohonan kerja, selain kursus penjenamaan peribadi dan mengurus perniagaan kecil.



Nafa pula mengolah kurikulum supaya memuatkan pembelajaran berteraskan industri yang memberi pelajar peluang menimba ilmu dan pengalaman daripada industri relevan.



Nafa dan Lasalle juga menawarkan kursus singkat dalam bentuk modular bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat.



Pendekatan sedemikian memberi kelonggaran kepada karyawan dan pekerja kembali ke bilik darjah bagi menambah kemahiran diri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >