Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama dengan sekolah cungkil bakat keselamatan siber

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



AGENSI Keselamatan Siber Singapura (CSA) akan bekerja rapat dengan para pendidik dalam usaha mencungkil bakat generasi masa hadapan dalam bidang keselamatan siber.



Menerusi program SG Cyber Educators (Pendidik Siber SG), ia bakal melengkapkan para guru, pemimpin sekolah serta kaunselor bimbingan kerjaya dengan pengetahuan mengenai landskap keselamatan siber dan pilihan kerjaya melalui satu siri penglibatan dengan pengamal industri.



Program tersebut diumumkan oleh Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary ketika Simposium Pendidikan Keselamatan Siber Singapura semalam.



Sekitar 500 para pendidik menyertai acara tersebut yang diadakan secara dalam talian selama dua hari dan merupakan sesi pertama yang dianjurkan CSA.



"Memilih sebuah kerjaya mungkin merupakan proses yang merumitkan dan kadang-kala boleh membingungkan para remaja kita.



"Nasihat yang diberikan oleh anda - pendidik mereka - memainkan peranan penting, dan...memberi mereka pengetahuan yang dapat membantu mereka membuat keputusan yang tepat," kata Dr Janil.



"Kami perlu mendekati pendidik seperti anda untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkembangan keselamatan siber dalam suasana dan peluang kerjaya yang sentiasa bergerak pantas, dan kami berharap anda dapat membantu generasi pelajar seterusnya mengembangkan minat mereka."



Di bawah program tersebut, pemimpin sekolah serta pendidik juga mampu menghadiri sesi perkongsian informasi dengan rakan kongsi CSA seperti Cisco, Kaspersky Security dan Persatuan Komputer Singapura.



Selain itu, mereka juga dapat mengikuti lawatan yang dikendalikan CSA dan pengamal industri bagi mempelajari pelbagai aspek mengenai keselamatan siber.



Dalam ucapannya lagi, Dr Janil menyatakan bahawa terdapat pelbagai kerjaya yang bermanfaat dalam bidang keselamatan siber, antaranya arkitek keselamatan yang merancang dan menguji sistem keselamatan siber yang diperkenalkan kepada organisasi mampu mengatasi serangan penggodam.



"Walaupun anda tidak mempunyai pengetahuan khusus dalam bidang ini, anda akan mendapat manfaat daripada mengembangkan beberapa kemahiran keselamatan siber," tambah beliau.



Sewaktu sesi pertama semalam, para peserta telah mendengar perkongsian dari pakar keselamatan siber dan wakil dari CSA mengenai topik termasuk kemahiran yang sering mendapat perhatian serta peluang pembelajaran seperti biasiswa yang ditawarkan kepada belia yang berminat dalam sektor ini.



Naib presiden Persatuan profesional keselamatan siber ISC2, Encik Garion Kang, yang juga merupakan seorang panelis ketika sesi perkongsian semalam berkata:



"Dalam suasana hari ini, saya tidak rasa tiada pekerjaan terjamin (dalam sektor teknologi). Anda perlu sentiasa menyesuaikan diri untuk maju selaras dengan perkembangan terkini, dan dalam bidang keselamatan siber, ia bermakna anda harus terus berada di hadapan.



"Bidang keselamatan siber ini sentiasa memerlukan campur tangan manusia untuk mengenal pasti serangan yang khusus. Kecerdasan buatan (AI) dan analisis data boleh menyaring beberapa serangan ini, namun anda masih memerlukan kepakaran manusia untuk mendapatkan informasi dari data tersebut."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >