Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Kerjasama majlis niaga SG-UAE, akar umbi bantu famili susah kurangi bil elektrik

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kerjasama majlis niaga SG-UAE, akar umbi bantu famili susah kurangi bil elektrik

Dec 22, 2020 | 05:30 AM

SEKITAR 400 keluarga memerlukan di GRC East Coast akan menerima bal lampu penjimat tenaga tidak lama lagi bagi mengurangkan bil elektrik mereka.

Inisiatif itu sebahagian kerjasama antara Majlis Perniagaan Singapura Amiriah Arab Bersatu (UAESBC) dengan pertubuhan akar umbi GRC East Coast.

Ia memanfaatkan sumbangan $20,000 - separuh daripada UAESBC dan separuh lagi Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East - bagi membeli bal lampu yang akan diberi kepada keluarga itu.

UAESBC, yang dibentuk pada 2018, bertujuan menggalak, menyokong dan memperkukuh pembangunan inisiatif perdagangan dan perniagaan antara UAE dan Singapura.

Kelmarin, pertubuhan itu menyampaikan cek $10,000 kepada Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang menerimanya bagi pihak pertubuhan akar umbi itu.

Di bawah inisiatif itu, UAESBC berikrar akan menyumbang $5 bagi setiap satu kilogram sisa elektronik (peralatan elektronik yang dibuang) yang terkumpul bagi dikitar semula di GRC East Coast sejak Oktober.

Pertubuhan akar umbi GRC itu menganjurkan gerakan kitar semula secara dwibulanan sejak Ogos, dengan UAESBC mengerahkan sukarelawannya membantu penduduk warga emas yang tidak berupaya mengangkat sisa elektronik itu. Mereka membawa sisa tersebut ke tapak kitar semula yang disediakan.

Dr Maliki, yang juga penasihat pertubuhan akar umbi di GRC East Coast, berkata sekitar 1,519 kilogram sisa elektronik dikumpul sejak Oktober, dengan keyakinan GRC itu mampu memenuhi sasaran mengumpulkan 2,000 kilogram.

Sebagai sebahagian inisiatif itu, pemimpin akar umbi GRC East Coast mengenal pasti keluarga layak serta menentukan jenis bal lampu yang mereka perlu.

Sukarelawan UAEBSC membantu memasang bal lampu itu di rumah penerima.

Bersama wakil pertubuhan, Dr Maliki mengunjungi rumah tiga keluarga memerlukan bagi memasang bal lampu jimat tenaga di rumah mereka kelmarin.

"Kami gembira akan sikap murah hati UAESBC dalam memperbaiki kesejahteraan keluarga memerlukan di GRC East Coast," kata Dr Maliki.

Presiden UAESBC, Encik Brian Shegar, berkata: "Kami tertarik pada konsep menggalak proses kitar semula di Singapura dan membantu warga Singapura mengurangkan kos bil elektrik dengan mengubah kepada lampu LED."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3