Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENYATAAN KEMENTERIAN SUSULI UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

Kerjasama MCCY, warga bangunkan dasar, huraian

Apr 15, 2023 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) akan bekerjasama dengan warga Singapura untuk membangunkan bersama dasar serta huraian menerusi Perikatan untuk Bertindak (AfA), pendekatan Melakar Hala Tuju Singapura serta wadah baru yang direka untuk belia membentuk Singapura.



Dalam adendum atau kenyataan tambahan beliau kepada ucapan Presiden Halimah Yacob sewaktu pembukaan Parlimen pada Isnin, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, berkata pada Jumaat bahawa ramai warga Singapura meluahkan keinginan memainkan peranan lebih besar dalam membentuk masa depan Singapura.



"Mereka juga bersetuju bahawa kolaborasi dan kerjasama lebih rapat antara pemerintah dan pihak berkepentingan lain dalam masyarakat adalah penting dalam fasa seterusnya membina negara," kata Encik Tong.



Terdapat wadah bagi warga Singapura melakukan demikian seperti Panel Rakyat dan AfA.



Bagi belia pula, terdapat Youth Circle, Cabaran Tindakan Belia dan Somerset Belt, selain wadah baru lain yang akan terus diwujudkan supaya belia berpeluang membentuk negara.



Encik Tong berkata MCCY juga akan terus mencipta peluang supaya warga Singapura boleh menderma atau menjadi relawan bagi isu yang mereka mempunyai minat mendalam, supaya dapat memupuk semangat gotong-royong serta sifat ambil berat terhadap satu sama lain sebagai sebahagian budaya Singapura.



Sehubungan dengan itu, kementerian tersebut akan meluaskan wadah sedia ada untuk memperkukuh rasa kepercayaan dalam kalangan masyarakat yang berbeza.



Sambil bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat dan pertubuhan bantu diri, MCCY akan menyelaras sokongan kepada masyarakat-masyarakat etnik untuk memastikan kemajuan dan kemakmuran dapat dikongsi oleh semua.



Seperkara lagi yang ditekankan dalam kenyataan tambahan tersebut ialah azam MCCY untuk meluaskan ruang yang dikongsi, bagi mencipta pengalaman atau memori bersama.



"MCCY akan terus membangunkan sektor kesenian, warisan dan kemudahan sukan serta program-program sebagai ruang yang dikongsi bagi rakyat mencipta kenangan bersama," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >