Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama NGO Turkey, RLAF beri manfaat pada mangsa gempa

Mar 28, 2023 | 05:30 AM



SOKONGAN berterusan amat penting bagi mereka yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda Turkey dan Syria, kata Hayrat Yardim, sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) Turkey.



Semasa pertemuan di ibu pejabatnya di Zeytinburnu, Istanbul, bersama Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), NGO itu menjelaskan bahawa antara rancangan yang akan dilancarkan termasuk penempatan semula dan penyediaan rumah bagi para mangsa serta membangunkan pusat psikososial yang akan membantu mangsa mengendali trauma yang mereka alami.



Fasa pertama dan kedua adalah untuk memastikan kelangsungan hidup dan keselamatan serta menyediakan bantuan makanan dan tempat tinggal sementara untuk mangsa.



Semasa pertemuan tersebut Pengerusi Bantuan Kemanusiaan Hayrat, Encik Hakki Aygun, berkata projek yang akan dilancarkan akan bergantung kepada keperluan semasa mangsa.



"Sehingga kini, kami sudah berusaha untuk menawarkan keperluan harian seperti makanan panas, pakaian dan juga khemah untuk mereka tinggal.



"Tetapi dalam masa akan datang kita harus fikirkan tentang apa yang mereka mungkin perlukan dalam masa jangka panjang. Contohnya, tempat tinggal dan juga bagaimana mereka dapat mengatasi isu kesihatan mental yang mereka alami akibat daripada bencana ini," jelas Encik Aygun.



Sehingga kini, Hayrat Yardim telah bekerjasama dengan kerajaan Turkey untuk menawarkan bantuan yang diperlukan di tempat-tempat yang terjejas.



Antara bantuan yang diberikan termasuk menawarkan lebih 50,000 makanan panas setiap hari. Lebih 7,000 profesional juga sudah turun padang untuk membantu mangsa.



Akibat gempa bumi yang melanda pada 6 Februari di barat selatan Turkey, lebih 50,000 bangunan runtuh atau mengalami kerosakan yang teruk.



Ia difahamkan bahawa bangunan-bangunan yang terjejas ini sudah dirobohkan dan runtuhannya sudah dibersihkan, kata Encik Aygun.



Tambahnya, dengan kerjasama dan sokongan daripada badan seperti RLAF, mereka dapat terus menyalurkan bantuan yang tepat.



"Kerjasama ini amat penting kerana kita dapat mengukuhkan lagi bantuan yang kami dapat tawarkan dalam masa akan datang.



"Kami tidak sabar bekerjasama dengan RLAF dan meneroka projek-projek yang boleh kami dapat hasilkan bersama, yang mampu memberikan manfaat kepada para mangsa," kata Encik Aygun.



Secara keseluruhan, RLAF telah mengumpul lebih $2 juta semasa inisiatif pengumpulan dana dari 10 hingga 24 Februari lalu, untuk mangsa gempa bumi di Turkey dan Syria.



Sehingga kini, $1 juta telah diserahkan kepada Hayrat Yardim bagi membantu dalam menyelaraskan respons bagi menyediakan keperluan segera kepada mangsa dan memberi bantuan menyelamatkan nyawa secepat mungkin.




"Sehingga kami sudah berusaha untuk menawarkan keperluan harian seperti makanan panas, pakaian dan juga khemah untuk mereka tinggal.
Tetapi dalam masa akan datang kita harus fikirkan tentang apa yang mereka mungkin perlukan dalam masa jangka panjang. Contohnya, tempat tinggal dan juga bagaimana mereka dapat mengatasi isu kesihatan mental yang mereka alami akibat daripada bencana ini."
- Encik Hakki Aygun, Pengerusi Bantuan Kemanusiaan Hayrat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >