Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama pasukan bertindak, pengendali asrama, majikan dan Muis jaga kebajikan pekerja asing sepanjang Ramadan

Apr 26, 2020 | 05:30 AM



PASUKAN bertindak bersama telah bekerja rapat dengan pengendali asrama, majikan dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) bagi memastikan kesejahteraan dan kebajikan golongan pekerja asing Muslim sepanjang Ramadan.



Menurut satu kenyataan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), pasukan bertindak itu bersama dengan Pasukan Sokongan Jaminan Ke Hadapan (Fast) bekerjasama dengan penyedia khidmat katering, pengendali asrama dan majikan bagi memastikan santapan sahur dan buka puasa pekerja yang menetap di asrama, disediakan bertepatan waktunya.



Sajian bagi sahur dan berbuka puasa akan dihantar masing-masing pada 3 pagi dan 5.30 petang, bagi memberi masa mencukupi untuk para pekerja itu menikmati hidangan mereka.



Kurma juga akan diberikan bagi kededua sajian sahur dan berbuka puasa.



Selain itu, pasukan itu dan Muis akan mengagihkan lebih 1,500 kilogram kurma kepada para pekerja beragama Islam yang tidak menetap di asrama.



Tambah kenyataan itu lagi:



"Sebagai usaha Muis lebih luas untuk melibatkan masyarakat Muslim bagi bulan Ramadan ini, menerusi saluran SalamSG, ia akan menyediakan maklumat dan bahan yang dikhususkan untuk pekerja asing Muslim yang menyambut Ramadan di asrama-asrama setempat."



Selain itu Panduan Ramadan Muis 2020 juga telah diterjemahkan kepada bahasa Bengali dan diedarkan kepada golongan pekerja asing Muslim di asrama mahupun mereka yang tinggal di aturan perumahan lain.



Dalam lawatannya ke dormitori PPT Lodge 1A di Punggol pada hari pertama Ramadan, Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), Encik Zaqy Mohamad, menekankan bahawa keadaan Covid-19 ini memerlukan semua tenaga untuk turun padang dan bantuan pengendali dormitori bagi menangani cabaran sewaktu keadaan sulit ini amat dihargai.



Encik Zaqy, yang turut membantu mengagihkan makanan sahur kepada pekerja asing Muslim di asrama tersebut, melahirkan harapan agar pengendali asrama akan terus memberi sokongan dalam mengutamakan kebajikan pekerja asing di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >