Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama pelbagai pihak kunci elak belia lakukan kesalahan: Eric Chua

Dec 01, 2021 | 05:30 AM



KERJASAMA adalah kunci dalam mengelakkan belia daripada melakukan kesalahan dan mengulangnya sekali lagi, dengan setiap pihak berkepentingan perlu bekerjasama untuk menyediakan ekosistem sokongan, kata Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua.



Ini supaya program pemulihan yang disediakan buat golongan belia yang dikenakan probesen dapat dijalankan dengan berkesan, tambahnya.



"Bagi program pemulihan menjadi berkesan, pemerintah, masyarakat, sukarelawan, keluarga dan individu mesti bekerjasama dengan menyediakan ekosistem sokongan kepada belia kita," kata Encik Chua.



Beliau berkata demikian semasa berucap dalam acara ulang tahun ke-50 skim Pegawai Probesen Relawan (VPO) dan ulang tahun ke-25 skim Perkhidmatan Masyarakat (CS) yang diadakan dalam talian semalam.



Encik Chua berkata pegawai dua skim itu telah menunjukkan semangat masyarakat, inklusiviti, dan komitmen untuk memupuk dan membimbing golongan belia.



"Sebagai sebahagian kisah hidup orang muda, impak yang anda tinggalkan amat mendalam. Anda membantu membentuk cara individu di bawah probesen memandang diri mereka sendiri dan kebolehan mereka - bukan sebagai pesalah malah sebagai belia dengan potensi mengukir masa depan lebih baik bagi diri mereka sendiri, keluarga mereka dan masyarakat," katanya.



Sejak 2016, skim VPO - yang dimulakan pada 1971 untuk menggalak penyertaan relawan dan mempertingkat kesedaran masyarakat dalam usaha pemulihan pesalah - telah membantu lebih 1,700 individu di bawah probesen dalam masyarakat.



Di samping itu, lebih 250 individu di bawah probesen dan keluarga mereka telah meraih manfaat daripada peranan pendamping yang digalas pegawai semasa tempoh probesen mereka antara 18 bulan dengan 24 bulan.



Skim CS pula, yang dikenakan sebagai syarat Perintah Probesen pada 1996 agar individu di bawah probesen dapat menebus kesalahan kepada masyarakat, telah diperluas untuk membimbing individu tersebut membangunkan kemahiran dan memanfaatkan kekuatan mereka untuk menyumbang kepada masyarakat.



Jumlah agensi CS juga bertambah - daripada 10 pada 1996 kepada lebih 130 agensi hari ini.



Encik Chua berkata lebih 90 peratus individu di bawah probesen perlu menjalani perkhidmatan masyarakat sebagai syarat dalam Perintah Probesen mereka.



Sejak 2016, individu tersebut selesai melakukan lebih 200,000 jam perkhidmatan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >