Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama pelbagai pihak penting agar program bantu pelajar berkesan: Maliki

Jan 15, 2022 | 05:30 AM



KERJASAMA kukuh antara pemerintah, sekolah, masyarakat dan pihak berkepentingan lain penting dalam memastikan program peringkat nasional seperti Memberi Sokongan Kepada Pelajar dan Memberi Inspirasi Kepada Keluarga (Uplift) dapat meninggalkan kesan lebih mendalam, kata Menteri Kedua (Pendidikan dan Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Keberkesanan inisiatif itu dalam membantu pelajar daripada keluarga kurang bernasib baik merealisasikan potensi mereka memerlukan kesepakatan kesemua pihak tersebut, ujarnya dalam satu kenyataan melalui video menyusuli sesi perbincangan bersama rakan kongsi utama Uplift yang diadakan secara maya semalam.



Menurut Dr Maliki, Uplift bekerjasama dengan lebih 50 rakan kongsi merangkumi agensi pemerintah, badan bantu diri, agensi khidmat sosial, kumpulan korporat dan sukarelawan sejauh ini, dan mereka memberi sokongan pelbagai bentuk.



"Kami komited untuk memberi sokongan kepada pelajar yang menghadapi cabaran sosioekonomi dan memastikan mereka melalui perjalanan pendidikan lebih baik.



"Justeru, untuk memastikan Uplift dapat memberi kesan positif, kerjasama kukuh antara pemerintah, sekolah, masyarakat dan pihak berkepentingan lain amat penting.



"Dengan bekerjasama, kita akan lebih efektif dalam memberi sokongan kepada pelajar daripada keluarga memerlukan agar potensi sebenar mereka boleh tercapai."



Menurut Dr Maliki, rakan kongsi masyarakat telah memainkan peranan bermakna dalam mendekati keluarga-keluarga tersebut dan memberi sokongan emosi serta bantuan yang diperlukan bagi memastikan anak mereka datang ke sekolah.



Menyentuh tentang peranan badan bantu diri seperti Yaysan Mendaki dalam menyumbang kepada inisiatif seperti Uplift, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, berkata ia akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) serta agensi khidmat sosial untuk mendekati pelajar memerlukan dan menghulurkan sokongan.



Antara program kendalian Mendaki yang boleh dimanfaatkan pelajar yang dikenal pasti di bawah inisiatif Uplift ialah Skim Tuisyen Mendaki (MTS) dan Homework Cafe, yang bertujuan menyediakan persekitaran kondusif bagi pelajar membuat kerja sekolah dengan bimbingan tutor.



Cik Zuraidah, yang menghadiri sesi perbincangan maya itu semalam, berkata: "Sesi perbincangan seperti ini memberi peluang kepada agensi berbeza mendalami dan mengenal pasti bidang yang perlu diperbaiki untuk mempertingkat khidmat dan program dalam usaha menyokong pelajar."



Program Uplift, yang diperkenal pada 2018, bertujuan memperkukuh sokongan bagi pelajar kurang bernasib baik.



Program Peningkatan Sumber Sekolah Uplift melibatkan 24 sekolah rendah dan menengah tambahan tahun ini dan dijangka menyokong lebih 13,000 pelajar daripada 100 sekolah pada tahun-tahun mendatang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >