Kerjasama pemerintah, majikan dan pekerja perlu diperkukuh: Presiden Halimah

Beliau berkata kemajuan pesat teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), automasi, dan blockchain, serta perubahan demografi mengubah masa depan pekerjaan

DENGAN pelbagai cabaran yang dihadapi ekonomi dan rakyat hari ini, terdapat keperluan bagi rakan tiga pihak - pemerintah, majikan dan kesatuan - bekerjasama dengan lebih rapat untuk mengharungi cabaran itu bersama, kata Presiden Halimah Yacob.

Memberi ucapan semasa majlis pelancaran pameran 'ReUnion' bagi ulang tahun ke-50 Seminar Pemodenan NTUC di Muzium Negara Singapura semalam, beliau berkata konteks cabaran yang dialami hari ini berbeza jika dibandingkan dengan 50 tahun yang lalu.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun