Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama Persatuan Ain dan butik Kaifiyyah sokong pesakit barah buah dada

Nov 03, 2021 | 07:01 PM



PERSATUAN Ain telah bekerjasama dengan butik Kaifiyyah sebagai sebahagian daripada program kesedaran barah buah dadanya.


Butik tempatan menjual pakaian wanita itu baru-baru ini mengadakan jualan dalam talian sempena Bulan Kesedaran Barah Buah Dada dan mengikrarkan $10,000 daripada penjualan Happy Box eksklusifnya kepada Persatuan Ain.


Kaifiyyah juga akan mengadakan sesi menggayakan pakaian khas buat klien Persatuan Ain dan mempamerkan produk mereka di Pusat Penjagaan Barah Serenity di Haig Road.


Terdapat juga rancangan untuk Kaifiyyah dan Persatuan Ain memperkenalkan pakaian yang direka khas untuk acara kasual dan formal bagi pesakit barah buah dada.


Ketua Eksekutif Persatuan Ain, Encik Md Yusof Ismail, meluahkan penghargaannya bagi kerjasama itu.


“Wanita yang telah menjalani pembedahan mastektomi bagi rawatan barah buah dada atau mengalami keguguran rambut akibat kemoterapi memerlukan sokongan dalam membangunkan semula harga diri mereka.


“Kerjasama ini menyokong pendekatan menyeluruh kami dalam meningkatkan mutu  hidup pesakit barah dengan menyediakan perkhidmatan yang membantu mereka kelihatan baik dan berasa sihat,” katanya.


Pengasas Kaifiyyah, Cik Kat Aziz pula berkata: “Misi kami saling melengkapi. Sedang Kaifiyyah memperkasa wanita untuk merasa yakin dengan pakaian longgar, Persatuan Ain pula berusaha memperkasa mereka yang merasa diri tidak sempurna selepas pembedahan mastektomi.”



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >