Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama privet, sektor awam pacu ekonomi S'pura

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



KERJASAMA sektor awam dan sektor privet di mana kededua pihak berperanan sebagai rakan kongsi dengan matlamat bersama boleh memberikan Singapura kelebihan genting dalam persaingan ekonomi dunia yang telah berubah, kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.



Ini berbeza daripada hubungan privet-awam yang lebih diketahui, di mana agensi pemerintah bertindak sebagai pengawal selia dan entiti privet adalah pihak yang dikawal selia.



Semalam, Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh (EST) mengumumkan cara kerjasama baru menerusi Perikatan untuk Bertindak Singapura Bersama (AfA) yang bertujuan memperluas kerjasama sektor-privet dan mempercepat proses menguji dan melaksana idea baru.



"Pendekatan baru dan tangkas bagi kerjasama awam-privet ini telah membenarkan kami menyelaraskan matlamat, menjalankan eksperimen dan mengubah haluan dengan cepat dan bertindak bersama," kata Encik Lee, yang juga pengerusi bersama EST.



"EST yakin dalam dunia yang lebih kompetitif ini, semangat kerjasama Singapura Bersama yang dimiliki pemerintah, perniagaan dan pekerja akan menjadi lambang khas bagi Singapura dan satu kelebihan dalam persaingan.



"Kami ingin menjadikan pendekatan ini sebagai cara kerjasama rasmi, sebagai warisan berterusan EST."



Encik Lee berkata demikian semalam, di sidang media maya bagi mengumumkan pendekatan baru itu dan lapan bidang tumpuan baru yang telah dikenal pasti pemerintah sebagai peluang pertumbuhan ekonomi bagi Singapura.



Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat yang juga pengerusi Majlis Ekonomi Masa Depan (CFE) turut hadir di sidang media itu, yang diadakan selepas beliau dibawa melawat PSA.



EST ditubuhkan di bawah naungan CFE pada Mei lalu.



Selang sebulan ditubuhkan, EST telah membentuk AfA bagi bidang pendigitalan rantaian bekalan, membina ekosistem berdaya tahan, pendigitalan sektor binaan, perdagangan bijak, huraian robotik, pengalaman pelawat selamat dan inovatif dan teknologi pendidikan.



Satu lagi AfA, bagi bidang teknologi perubatan sedang diusahakan, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam kenyataannya.



Pengerusi bersama EST ketua pegawai eksekutif (CEO) PSA International Group Tan Chong Meng berkata pendekatan baru ini telah membantu meraih beberapa idea baru.



Beliau memberi contoh AfA bagi huraian robotik yang akan melancarkan versi awal khidmat pengangkutan ulang-alik tanpa pemandu pada akhir tahun ini, dan AfA bagi pengalaman pelawat selamat dan inovatif yang telah membangun prototaip untuk mengadakan pameran perdagangan dan pameran skala besar dengan menggunakan ujian Covid-19 dan jejak kontak.



Prototaip ini diuji buat julung-julung kali di Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura (Siew) bulan lalu dan akan terus diperhalusi di acara lain seperti TravelRevive minggu depan.



Buat masa ini, kesemua tujuh AfA yang dibentuk telah mendekati lebih 330 pihak berkepentingan dalam industri, termasuk perniagaan, persatuan dagangan dan dewan perniagaan (TAC) dan agensi pemerintah, kata MTI.



Dalam pada itu, Encik Lee berkata perikatan untuk mewujudkan kerjasama menang-menang dengan negara-negara Asia Tenggara sedang dipertimbangkan.



Menurut beliau, perikatan ini bertujuan membantu Singapura merebut peluang yang timbul dari enam anjakan utama dalam ekonomi sedunia yang telah dipercepatkan oleh pandemik Covid-19.



Ini termasuk aturan dunia yang sedang berubah; keseimbangan yang berubah antara keberkesanan dan daya tahan dalam rantaian bekalan dan penghasilan; transformasi digital dan inovasi yang lebih cepat; perubahan dalam kehendak pengguna; tumpuan bertambah terhadap daya tahan sekitaran dan sosial; serta gabungan dan perubahan pelanggan yang lebih cepat.




PERIKATAN UNTUK BERTINDAK SINGAPURA BERSAMA (AFA)



Tujuh AFA telah dibentuk sejak Jun untuk memperluas kerjasama sektor privet-awam dalam membangun bidang yang dikenal pasti sebagai peluang pertumbuhan. Satu lagi AfA, bagi teknologi perubatan sedang dibangunkan.



PENDIGITALAN RANTAIAN BEKALAN



Pertingkat daya saing Singapura dengan mengadakan rantaian bekalan berasas Prasarana Data Bersama (CDI) yang antara lain jadikan Singapura hab perdagangan digital.



BINA EKOSISTEM BERDAYA TAHAN



Jenamakan Singapura sebagai hab bagi khidmat berhubung karbon dan huraian berasas alam, dijangka cipta peluang ekonomi baru.



PENDIGITALAN SEKTOR BINAAN



Bentuk persekutuan khas dengan sasaran dianggotai 1,000 syarikat jelang 2025 yang bertujuan sepadukan usaha pendigitalan.



PERDAGANGAN BIJAK



Wujudkan peluang e-dagang dan perluas pasaran bagi jenama Singapura.



HURAIAN ROBOTIK



Tambah produktiviti dan atasi cabaran tenaga manusia negara dengan laksanakan huraian robotik seperti pengangkutan ulang-alik tanpa pemandu.



PENGALAMAN PELAWAT SELAMAT DAN INOVATIF



Adakan prototaip bagi tarik pelancong dan acara perdagangan ke sini bagi merancakkan semula mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice).



TEKNOLOGI PENDIDIKAN



Jadikan Singapura sebagai hab bakat dan pendidikan sedunia, dengan penularan pembelajaran dari rumah dan latihan dan pendidikan pekerja di dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >