Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Kerjasama rapat bolehkan SG-M'sia maju, makmur pascapandemik

Masagos dedah tunjang perbincangan dengan rakan-rakan sewaktu lawatan ke Kuala Lumpur
Feb 07, 2022 | 05:30 AM



KERJASAMA rapat antara Singapura dan Malaysia akan membolehkan kedua-dua negara maju dan makmur apabila pandemik Covid-19 berakhir kelak, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



Dalam satu catatan Facebook yang dimuatnaik di akhir lawatan kerja selama tiga hari ke Kuala Lumpur, Encik Masagos berkata sepanjang lawatan beliau, dua perkara muncul sebagai tunjang perbincangan dengan rakan-rakan di Malaysia.



"Pertama, kami akur bahawa Singapura dan Malaysia adalah jiran dengan pertalian yang cukup erat dan sangat dihargai sejak sekian lama.



"Kedua, kami setuju bahawa dengan bekerjasama secara rapat, kedua-dua negara mampu maju dan makmur apabila pandemik Covid- 19 berakhir kelak.



"Dengan penyambungan semula perjalanan VTL, saya yakin kita boleh bersama-sama melangkah maju ke hadapan," kata beliau.



Encik Masagos merujuk kepada pengaturan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) antara Singapura dengan Malaysia.



Sekitar 100,000 orang dari Malaysia telah masuk ke Singapura di bawah skim perjalanan tanpa kuarantin yang bermula 29 November lalu.



Daripada jumlah ini, kira-kira 55,000 orang masuk menerusi Koswe di bawah VTL darat, dan kira-kira 44,000 masuk menerusi VTL udara dari Malaysia.



Encik Masagos berkata beliau turut bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Malaysia, Dato' Seri Hamzah Zainudin.



"Kami sudah kenal satu sama lain sejak sekian lama ketika kedua-dua kami memangku jawatan di Kementerian Ehwal Luar masing-masing dahulu dan sejak itu kami sering berkongsi khabar serta perkembangan terkini," katanya.



Dalam pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Encik Idris Ahmad, Encik Masagos menyifatkan sinergi antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) sebagai "jentera" yang memacu pembangunan serta kemajuan masyarakat Melayu/Islam Singapura ke arah visi Masyarakat Gemilang.



Mereka berbincang bagaimana Singapura dan Malaysia boleh terus bekerjasama bagi memperkukuh pentadbiran ehwal masyarakat Islam.



"Saya gembira untuk berkongsi bahawa Menteri Idris dan saya sebulat suara memperbaharui kerjasama dalam beberapa bidang utama yang boleh memperbaiki kehidupan sosio-agama masyarakat Islam di Malaysia dan Singapura," katanya.



Encik Masagos tiba di Kuala Lumpur Khamis lalu.



Sewaktu lawatannya, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, telah menjamu Encik Masagos dan delegasi Singapura.



Beliau berkata: "Sebenarnya kami sering membincangkan pelbagai isu secara maya sebelum ini, tetapi saya gembira sekali dapat berbincang secara berdepan mata malam tadi. Rancak kami berbincang tentang pelbagai ehwal negara masing-masing dan juga perkembangan dunia."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >