Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama rapat global, berbilang hala kunci lawan pandemik: PM Lee di sidang puncak kesihatan G-20

May 22, 2021 | 12:45 AM



KERJASAMA antarabangsa dan pelbagai hala yang rapat penting dalam menentang dan memberi respons pada pandemik, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Jumaat (21 Mei).



Menyampaikan pengamatannya secara maya di Sidang Puncak Kesihatan Sejagat Kumpulan 20 Negara (G-20) di Rome, Italy, Encik Lee berkata gelombang Covid-19 berulang di merata dunia secara jelas menunjukkan tiada negara yang selamat dalam pandemik ini hinggalah setiap orang selamat.



Beliau juga menekankan walaupun dalam tempoh sukar, negara-negara dunia telah bekerjasama bagi mengembalikan rantaian bekalan, menghantar balik warga negara yang terkandas di luar negara dan berkongi ujian dan bekalan perubatan.



Mereka juga menyokong inisiatif vaksin pelbagai hala seperti Covax agar semua negara khususnya yang kurang membangun memperolehi akses pada vaksin ini, tambah Encik Lee.



"Secara penting, kerjasama saintifik antarabangsa berterusan. Doktor dan saintis berkongsi maklumat, mengkaji virus Covid-19, membangun rawatan dan menguji vaksin.



"Ini membolehkan kita memperbaiki rawatan dan menghasilkan vaksin yang berkesan dalam masa rekod, sesetengahnya dengan menggunakan teknologi baru," kata Encik Lee.



 Sidang puncak ini dianjurkan Italy, sebagai pengerusi G-20 tahun ini, dengan kerjasama Suruhanjaya Eropah (EC). Sidang ini adalah antara acara utama tahun ini yang menyelaras tindakan global menentang pandemik.



Pemimpin ekonomi terbesar dunia dan rakan kerjasama utama mereka yang menghadiri sidang ini yang dipengerusikan bersama Perdana Menteri Italy, Encik Mario Draghi dan Presiden EC, Cik Ursula von der Leyen, dijangka akan mengisytiharkan usaha mengusulkan tindakan sukarela mempertingkat penghasilan vaksin Covid-19.



Pengisytiharan ini dikenali sebagai Pengisytiharan Prinsip Rome.



Menganggap dunia ini kekal diselubungi pandemik, Encik Lee berkata: "Namun, ini bukanlah pandemik yang terakhir atau paling teruk yang kita alami.



"Lambat-laun, sesuatu yang lebih mudah menjangkiti atau membawa maut akan muncul. Lantaran itu, kita harus mengambil setiap peluang bagi mempelajari daripada pandemik ini agar kita mempersiapkan diri lebih awal bagi sesuatu yang mendatang," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >