Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama saintis sejagat penting demi temu huraian saintifik Covid-19: DPM Heng

Usaha sama global akan bina keupayaan Singapura dalam penyelidikan dan pembangunan
Jan 13, 2021 | 05:30 AM



USAHA menangani pandemik Covid-19 menunjukkan kerjasama antarabangsa penting jika dunia ingin terus membuat penemuan saintifik yang bermakna.



Berkata demikian kepada golongan saintis muda di sidang puncak global dalam talian semalam, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, berkata perkongsian genom dengan masyarakat global membolehkan lebih banyak kit ujian dan vaksin yang selamat dan berkesan dihasilkan dalam masa yang singkat.



"Kita harus membina momentum positif kerjasama antarabangsa dalam menghadapi Covid-19 dan menggandakan usaha untuk terus mewujudkan kerjasama kukuh antara disiplin, merentas sempadan, dan berbilang industri, akademia dan pemerintah," katanya dalam video yang disiarkan semasa Sidang Puncak Saintis Muda Global 2021.



"Ini akan membolehkan kita bukan sahaja untuk mengatasi pandemik ini, bahkan cabaran global lain seperti kemiskinan, masyarakat yang semakin menua dan perubahan iklim."



Sidang puncak tahunan itu berlangsung dari Selasa hingga Jumaat dan dihoskan Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), menampilkan 21 saintis yang diiktiraf di peringkat sejagat dan melibatkan lebih 500 penyelidik muda dari 30 negara.



Dalam ucapannya yang membuka tirai acara itu, Encik Heng yang juga pengerusi NRF, menekankan bahawa kerjasama global akan membina keupayaan Singapura dalam penyelidikan dan pembangunan.



Contohnya, Pusat Teknologi Kuantum di Universiti Nasional Singapura (NUS) merupakan salah satu pusat rujukan bagi sains maklumat kuantum.



Pada 2019, pusat tersebut membangunkan satelit nano kuantum pertama sedunia yang mampu mengeluarkan partikel cahaya yang mempertingkat lagi keselamatan siber dan penyulitan data.



Dilaporkan Disember lalu bahawa Singapura akan menyalurkan $25 bilion kepada usaha penyelidikan dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan tumpuan terhadap kesihatan, kemampanan, ekonomi dan penghasilan digital.



Kata Encik Heng: "Kami akan terus berusaha ke arah visi untuk menjadi negara berasaskan pengetahuan, didorong oleh inovasi dan kecemerlangan saintifik."



Sidang puncak itu merangkumi bidang kimia, fizik, biologi, matematik, sains komputer dan kejuruteraan.



Seramai 21 saintis, termasuk pemenang Nobel dan penerima penghargaan sains global, akan berkongsi perincian penemuan mereka, menyertai perbincangan panel dan berinteraksi dengan saintis muda dalam perbincangan kumpulan kecil.



Barisan 21 penceramah itu merupakan jumlah paling ramai dalam sidang puncak kali ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.



Mereka juga akan membincangkan penemuan terkini dan bagaimana ia boleh digunakan untuk membentuk penyelesaian dalam menangani cabaran besar global.



Salah seorang saintis yang bakal berucap semasa sidang itu adalah Profesor Robert Langer, pengasas bersama Moderna, syarikat bioteknologi Amerika Syarikat yang telah menghasilkan dua vaksin Covid-19.



Sidang puncak itu akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube NRF.




"Kita harus membina momentum positif kerjasama antarabangsa dalam menghadapi Covid-19 dan menggandakan usaha untuk terus mewujudkan kerjasama kukuh antara disiplin, merentas sempadan, dan berbilang industri, akademia dan pemerintah...

Ini akan membolehkan kita, bukan sahaja untuk mengatasi pandemik ini, bahkan cabaran global lain seperti kemiskinan, masyarakat yang semakin menua dan perubahan iklim."

- Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >