IBADAH haji bagi jemaah Singapura berjalan lancar tahun ini walaupun musim haji kali ini tidak sepi daripada tragedi yang mengorbankan ratusan jemaah dan mencederakan ribuan lain.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, meluahkan rasa lega jemaah haji Singapura mengikut peraturan dan tidak terjejas.