Kerjasama semua pihak bantu elak keliru pada hari pertama langkah baru, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Kerjasama semua pihak bantu elak keliru pada hari pertama langkah baru

Oct 14, 2021 | 05:30 AM

PEGAWAI sekitaran, Majlis Bandaran serta pengendali gerai yang memeriksa status vaksinasi pelanggan di Pasar dan Pusat Penjaja Geylang Bahru semalam - hari pertama langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) dilaksana - berbuat demikian dengan cara yang lebih berempati dan dengan hasrat ingin membantu.

Selain memberi nasihat, pegawai-pegawai itu, yang termasuk duta jarak selamat dan pegawai penguatkuasaan, serta staf Majlis Bandaran Jalan Besar (JBTC) dan pengendali gerai, turut memberi panduan kepada pelanggan di sana, yang kebanyakannya warga tua.

Turut berada di sana ialah Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah, yang berkata pendekatan itu adalah satu cara melindungi keselamatan pelanggan tanpa menyusahkan orang ramai. Ia juga membuka peluang bagi pegawai yang bertugas menggalak warga emas yang belum divaksin untuk berbuat demikian.

"Yang penting adalah kami faham ramai antara penduduk kami merupakan warga emas dan kami menggunakan peluang ini juga untuk mendidik mereka.

"Kami pun tidak mahu penduduk kami duduk di rumah sahaja. Ada yang belum divaksin juga masih perlu membeli makanan untuk dibawa pulang," kata Dr Rizal.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dalam kenyataannya kelmarin, JBTC berkata ia juga menyediakan kakitangan tambahan di laluan masuk SafeEntry, mengepung kawasan makan dan pasar untuk memudahkan orang keluar masuk, memasang tanda jarak selamat di tempat duduk dan telah mempergiat usaha membersihkan kesemua 13 pasar dan pusat penjaja di Jalan Besar.

Pasar dan pusat penjaja itu turut dikesan sebagai kelompok jangkitan pada Julai lalu dan telah ditutup untuk beberapa hari.

Apabila Berita Harian (BH) ke pusat itu semalam, orang ramai dilihat melalui pemeriksaan di laluan masuk SafeEntry pusat penjaja secara teratur dan proses pemeriksaan berjalan lancar.

Sekumpulan empat pegawai penguatkuasaan jarak selamat yang memakai baju kemeja polo putih dengan jalur lengan berwarna merah kelihatan pergi meja ke meja untuk bertanya pelanggan status vaksinasi menerusi aplikasi TraceTogether.

Semua yang sedang menjamu selera di situ yang ditemui BH sudah divaksin sepenuhnya.

"Aturan ini tak berapa menyusahkanlah, saudara dan kawan saya yang tinggal dekat sini pun dah ambil vaksin," kata pesara, Encik Salehudin Ismail, 69 tahun yang sedang menjamu selera dengan abang iparnya.

Menurut Cik Rosnah Said, pengendali gerai Nour Family, peraturan terkini itu tidak menjejas sangat perniagaan mereka dan pelanggan yang sering datang menjamu selera beraneka hidangan daripada kedainya tetap hadir di situ.

"Kalau tak ada vaksin pun susah, takut nanti tutup macam beberapa bulan lalu," katanya, 62 tahun.

Namun, menurut The Straits Times (ST), ada pelanggan yang keliru terhadap peraturan baru itu. Ini kerana terdapat beberapa tempat makan yang melaksanakan pemeriksaan dan ada yang tidak.

Bercakap kepada BH, Encik Suhaime Said, 67 tahun, yang memiliki gerai Suhaime's berkata:

"Peraturan baru ni ada menyusahkan sedikit, tapi kami faham ini untuk melindungi kita semua."

"Lagi pun susah nak tanya orang kalau mereka sudah ambil vaksin atau tidak. Nanti mereka marah dengan kita," kata peniaga berpengalaman sedekad itu yang perniagaannya rata-rata meraih pendapatan sekitar 50 peratus kebelakangan ini.

Biarpun demikian, pelanggan seperti Cik Artina Abdul Muis, 45 tahun dan suaminya Encik Tan Kim Aik, 56 tahun berkata mereka menyambut baik langkah seperti itu dengan memastikan hanya orang yang divaksin sepenuhnya sahaja dapat menjamu selera di luar.

"Kes masih meningkat di Singapura, jadi penting untuk terus melindungi penduduk," kata Encik Tan.

Malam kelmarin, Singapura melaporkan 2,976 kes baru dan 11 individu berusia antara 66 dengan 98 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.

519 daripada kes baru itu membabitkan warga emas berusia lebih 60 tahun, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map