Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjasama Sheng Siong, SkillsFuture sokong pembekal SME

Jun 16, 2021 | 05:30 AM



SHENG Siong, salah satu daripada rangkaian pasar raya terbesar di Singapura, bekerjasama dengan SkillsFuture Singapura di bawah program SkillsFuture Queen Bee untuk menyokong pembekal perusahaan kecil dan sederhana (SME) membina keupayaan mempercepat digitalisasi.



Melalui kerjasama ini, SME yang mengambil bahagian akan dapat mengenal pasti jurang kemahiran mereka dan memanfaatkan latihan yang disesuaikan demi mengatasi jurang kemahiran ini.



Memahami cabaran yang dihadapi oleh pembekal, terutamanya SME yang lebih kecil dan tradisional, mereka mempunyai lebih sokongan dalam mengubah operasi perniagaan serta menggunakan teknologi baru dalam pemasaran, penjualan, pembayaran, pengurusan inventori dan logistik.



Dalam satu kenyataan bersama Sheng Siong dan SkillsFuture Singapura yang dikeluarkan semalam, ia berkata daya usaha ini memberi satu wadah kepada Sheng Siong membantu pembekalnya memperdalam keupayaan mempercepat digitalisasi.



Program SkillsFuture Queen Bee, Sheng Siong akan memberi tumpuan kepada empat aspek berlainan.



Ini termasuk bagaimana mewujudkan persekitaran pembelajaran di tempat kerja yang kondusif yang menyokong pengembangan kemahiran pekerja dan membantu mereka mencapai potensi sepenuhnya, amalan terbaik mengoptimumkan dan meningkatkan produktiviti melalui Masyarakat yang Mengamalkan, atau Community of Practice (CoP), bagaimana meningkatkan keyakinan kakitangan untuk bekerja dalam sekitaran kaya teknologi serta bagaimana perniagaan mereka dapat mengurus dan memproses data untuk meningkatkan kecekapan proses mereka.



Sehingga semalam, 30 SME telah menyertai program SkillsFuture Queen Bee, Sheng Siong.



Encik Lim Hock Chee, Ketua Pegawai Eksekutif Sheng Siong berkata mereka dalam ekosistem pembekalan perlu mengikuti perkembangan terkini supaya dapat mempunyai peningkatan yang signifikan bagi seluruh rantaian bekalan.



"Kami bersikap terbuka dan bersemangat mahu berkongsi pengetahuan dan amalan dengan pembekal kami, supaya semua orang dapat meningkatkan kemampuan dengan teknologi digital dan set kemahiran baru dalam keadaan menang-menang yang sedang kita usahakan," katanya.



Mengulas mengenai kerjasama ini, Ketua Eksekutif SSG, Encik Ong Tze-Ch'in, berkata:



"Kadar perubahan teknologi dalam sektor ini pantas dan keperluan syarikat-syarikat dalam sektor ini sangat besar.



"Melalui perkongsian bersama Sheng Siong, kami berharap dapat memperluas dan mendalami jangkauan SkillsFuture kepada SME lain dalam sektor ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >