Kerjasama S'pura-M'sia jaya basmi sindiket dadah terbesar di sini, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Kerjasama S'pura-M'sia jaya basmi sindiket dadah terbesar di sini

Feb 06, 2015 | 05:25 PM

BIRO Narkotik Pusat (CNB) bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (NCID) Malaysia telah berjaya memberkas salah satu sindiket dadah terbesar di sini pada 4 Februari lalu.

Ketua sindiket dadah berusia 46 tahun yang diberkas di Johor Bahru itu, dipercayai membekalkan dadah jenis heroin dan 'Ice' kepada pengedar dadah di Singapura.

Bekalan dadah heroin sebanyak 4.5 kilogram dan 500 gram 'Ice' ke Singapura setiap minggu itu cukup untuk 2,100 penyalahguna heroin dan 280 penyalahguna 'Ice'.

Semasa operasi membanteras sindiket dadah itu dijalankan, sebanyak 580 gram dadah heroin, 370 gram 'Ice', 350 gram ketamine, 150 pil 'Ecstasy, 4,450 pil Erimin-5 dan wang berjumlah RM48,280 ($18,302) telah dirampas pegawai NCID.

Ketua sindiket dadah itu kini ditahan di Malaysia.

Discover Malay Home Based Businesses

Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum mati.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map