Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerjaya, skop kerja dipertingkat bagi pekerja hotel

Mar 13, 2021 | 05:30 AM



PEKERJA hotel boleh menjangka kerjaya dan skop kerja yang dipertingkat.



Ini setelah Program Mempelajari Kemahiran Baru dan Reka Semula Pekerjaan (JRR) disusun semula dan diperbaharui, umum Tenaga Kerja Singapura (WSG) semalam.



Di bawah peningkatan itu - yang dijalankan oleh WSG bersama Persatuan Hotel Singapura (SHA), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Kesatuan Pekerja Makanan, Minuman dan Yang Berkaitan (FDAWU) - 16 peranan kerja yang memerlukan kemahiran teknologi dikenal pasti.



Ini termasuk jawatan pekerja biasa seperti pereka pengalaman tetamu dan duta makanan dan minuman, di samping jawatan karyawan seperti pengurus, eksekutif dan teknisyen - daripada pakar kemampanan teknisyen kepada pegawai umum sumber manusia.



Sebagai permulaan, 200 pekerja hotel sedia ada akan meraih manfaat daripada peningkatan program tersebut, menurut satu kenyataan WSG.



Program JRR diperkenal pada November 2019 bagi membantu pemilik hotel melatih pekerja yang akan menyandang peranan kerja yang direka semula.



Sejak itu, lebih 1,400 pekerja daripada 55 hotel telah menjalani latihan dan memulakan peranan kerja baru atau dipertingkat, seperti duta hotel dan teknisyen kemudahan.



Menurut WSG, hotel yang mahu menyertai program dipertingkat itu perlu menawarkan projek reka semula pekerjaan melibatkan pelaksanaan teknologi.



Sebelum ini, program itu terbuka kepada semua peranan kerja dan meliputi tiga jenis projek reka semula pekerjaan, iaitu pengerahan semula berbilang fungsi, mencipta peranan baru dan pelaksanaan teknologi.



WSG berkata hotel boleh menerima pendanaan hingga 90 peratus bagi yuran kursus dan sokongan gaji bagi tempoh latihan, dibataskan pada tiga bulan.



Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, berkata walaupun tahun lalu adalah masa sukar bagi sektor pelayanan, hasil usaha industri, ia dapat mengekalkan jumlah tenaga kerja yang agak kukuh secara keseluruhan.



"Masa lengang tahun lalu juga memberi peluang untuk hotel melatih pekerja sedia ada, yang mereka tidak mungkin dapat lakukan pada tahun-tahun biasa.



"Hasilnya, banyak hotel memanfaatkan program JRR, termasuk Hotel Parkroyal on Kitchener Road, di mana lebih 60 pekerjanya menimba kemahiran semula dan berbilang kemahiran," tambah beliau, yang melawati hotel itu semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >