Kerosakan isyarat sebabkan Laluan Circle tergendala pada pagi Rabu

PENUMPANG kecewa selepas kerosakan isyarat menyebabkan kelewatan ketara di Laluan Circle (CCL) pada pagi Rabu (Nov 2).

Kerosakan itu, yang digambarkan oleh pengendali SMRT sebagai "sekejap-sekejap", berakhir dengan perkhidmatan kereta api tergendala antara stesen MRT Botanic Gardens dan Marymount di kedua-dua arah pada kira-kira 9.10 pagi.

Gangguan itu kemudian melewatti Marymount ke stesen Serangoon.

Perkhidmatan bas biasa percuma disediakan di semua stesen di sepanjang laluan tersebut.

Perkhidmatan biasa kereta api hanya disambung semula sekitar 10.27 pagi, kira-kira tiga jam selepas SMRT memaklumkan penumpang mengenai kerosakan itu.

Sebagai respons kepada pertanyaan media, SMRT berkata dalam satu kenyataan bahawa CCL menghadapi gangguan isyarat terputus-putus yang menyebabkan kelewatan di sepanjang rangkaian itu.

"Ini menyebabkan sebuah kereta api terhenti antara stesen Marymount dan Botanic Gardens mengarah ke Dhoby Ghaut," kata kenyataan itu.

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang disebabkan pagi ini. Kakitangan kejuruteraan kami sedang menyiasat perkara itu."

SMRT mula menulis tweet tentang kerosakan tersebut pada 7.37 pagi, memaklumkan penumpang mengenai masa perjalanan tambahan 10 minit antara stesen Pasir Panjang dan one-north.

Walaupun SMRT kemudian berkata kerosakan itu telah diperbaiki, ia memberi amaran kereta api dan stesen sesak.

Pada 8.08 pagi, SMRT berkata kerosakan isyarat itu menyebabkan kereta api bergerak perlahan arah ke stesen Harbour Front, dan ia sedang menyiasat kerosakan tersebut.

SMRT kemudian menyemak masa perjalanan tambahan kepada 30 minit.

Di media sosial, pengguna mengadu terpaksa beratur panjang, stesen sesak dan kelewatan kereta api hingga 30 minit.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:13
Isyak
8:28
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.