Kerosakan kereta api di stesen Admiralty jejas Laluan Utara-Selatan (NSL)

KEROSAKAN pada sebuah kereta api di stesen Admiralty menyebabkan penumpang di Laluan Utara-Selatan (NSL) tergendala pada pagi Isnin (13 Feb).

Ia menjejas laluan ke arah selatan dari stesen Jurong East ke Ang Mo Kio, menurut satu tweet pengendali SMRT pada 7.58 pagi.

Ia menjangka masa perjalanan akan tambahan sebanyak 20 minit.

Perkhidmatan bas percuma antara Woodlands dengan stesen Yishun telah diaktifkan menyusuli kelewatan itu.

Perkhidmatan biasa bersambung semula kira-kira 30 minit kemudian pada 8.25 pagi. SMRT menjangka kereta api akan perjalanan lebih perlahan.

Ini berlaku kurang seminggu selepas NSL menghadapi masalah isyarat yang menyebabkan sebuah kereta api dikeluarkan daripada perkhidmatan Jumaat lepas.

Pengguna mengadu kereta api bergerak perlahan dan tidak selesa dan mengalami masa perjalanan bertambah sehingga 30 minit.

Galeri Foto