Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kertas Putih bentang saranan konkrit tangani isu wanita awal tahun depan

PM Lee: Usaha terus perkukuh keadilan, martabat kaum Hawa dalam masyarakat mesti diteruskan
Sep 19, 2021 | 05:30 AM



DALAM satu langkah penting untuk meraikan dan terus memartabat wanita Singapura, Pemerintah akan membentangkan Kertas Putih pada awal tahun depan yang akan mengemukakan saranan konkrit bagi menangani isu-isu yang menjejas peluang di tempat kerja, sokongan bagi penjaga dan perlindungan untuk wanita.



Meskipun kedudukan wanita di Singapura kini jauh lebih baik berbanding dahulu, usaha untuk terus memperkukuh keadilan untuk kaum itu dalam masyarakat mesti diteruskan, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong di sesi penutup siri Perbincangan tentang Pembangunan Wanita Singapura, semalam.



Menurutnya, wanita Singapura mencatatkan perkembangan dan kemajuan yang baik sejak zaman prakemerdekaan, dan hari ini sama berpendidikan dengan kaum lelaki.



"Sedang masyarakat kita maju, begitu juga pemikiran kita. Ini bukan sesuatu yang mudah dilakukan dalam semalaman tetapi kita mesti teruskan usahanya. Dasar dan program kita akan mendorong tingkah laku, secara bertahap-tahap mengubah sikap dan membolehkan kita membuat kemajuan yang berkekalan.



"Khususnya, kita mesti terus menekankan dan memperkukuh etos keadilan dalam masyarakat kita di mana lelaki dan wanita bekerja dengan satu sama lain sebagai setara, maju bersama dan mencapai aspirasi mereka secara bebas dan sepenuhnya dan di mana kita menjaga mereka yang lemah dalam kalangan kita," kata Encik Lee.



Siri Perbincangan tentang Pembangunan Wanita Singapura telah dilancarkan September tahun lalu bagi mengenal pasti dan menangani isu-isu menjejas wanita negara ini.



Semakan menyeluruh berkaitan isu melibatkan kaum wanita itu diterajui Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling; Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling; dan Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Hampir 6,000 orang telah menyertai 160 sesi perbincangan yang diadakan, dengan pertubuhan seperti Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) telah memberikan saranan yang dikaji dan difikirkan dengan teliti, kata Encik Lee.



Mengongsi beberapa bidang utama yang ditimbulkan daripada sesi perbincangan itu, Encik Lee berkata tanggungjawab wanita di rumah boleh menjejas kemajuan kerjaya mereka, dengan ada majikan yang keberatan menggajikan, menaikkan pangkat atau mempersiapkan kakitangan wanita untuk ke tahap selanjutnya dalam kerjaya.



Kadangkala, perkara tersebut merupakan salah faham yang boleh diperbetulkan, kata Encik Lee, namun dalam kes lain, ia cukup serius untuk membentuk diskriminasi di tempat kerja.



Perkara sebegini "tidak adil" dan majikan tidak harus "membiarkan prasangka menjadi halangan kepada kemajuan wanita", katanya.



Selain menggubal undang-undang untuk menentang diskriminasi atau layanan tidak adil di tempat kerja di bawah Garis Panduan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil, Encik Lee berkata lebih banyak akan dilakukan untuk mempertingkat aturan penjagaan anak-anak untuk menjadikannya lebih mudah bagi golongan ibu kembali bekerja atau tidak meninggalkan alam pekerjaan.



Dalam usaha membantu wanita yang memikul tanggungjawab penjagaan pula, Kementerian Kesihatan (MOH) sedang mengkaji cara mempertingkat Geran Pemberian Jagaan Di Rumah, yang membantu keluarga mengurangkan kos penjagaan.



Antara lain, kementerian itu juga sedang meneliti cara memperluaskan pilihan bagi program yang memberi masa berehat kepada penjaga utama.



Dalam soal perlindungan bagi wanita pula, ada keperluan memastikan ruang dalam talian kekal selamat, terutamanya bagi anak perempuan dan wanita.



Pemerintah, kata Encik Lee, akan mengkaji pandangan yang diterima dengan teliti dan saranan konkrit akan dibentangkan dalam Kertas Putih.



"Bersama, marilah kita bekerja ke arah wawasan kita membentuk sebuah masyarakat yang lebih adil, yang merangkumi semua, di mana anak perempuan dan anak lelaki kita boleh maju dalam keadaan yang lebih baik," kata Encik Lee mengakhiri ucapannya.



Laporan lanjut: Pasukan bertindak tangani keganasan dalam keluarga akan terbit laporan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >