Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kertas Putih gesa warga lebih proaktif jaga kesihatan

Sep 21, 2022 | 07:59 PM



Kementerian Kesihatan (MOH) telah mengemukakan kepada Parlimen satu Kertas Putih mengandungi saranan bagi menggalak warga Singapura lebih proaktif dalam menjaga kesihatan mereka dengan mewujudkan hubungan kukuh bersama doktor keluarga serta sokongan negara.


Kertas Putih SG Lebih Sihat ini merupakan satu peralihan daripada sikap reaktif dalam “merawat penyakit” kepada langkah proaktif dalam mencegah individu daripada jatuh sakit.


Penduduk digalak mendaftarkan diri mereka dalam program di serata negara ini, di mana mereka akan membuat komitmen bertemu seorang doktor keluarga dan mengamalkan pelan kesihatan, termasuk mengubah gaya hidup mereka, kerap jalani pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan vaksinasi.


Pendaftaran akan bermula dengan mereka yang berusia 60 tahun ke atas pada separuh kedua tahun depan, disusuli mereka yang berusia 40 hingga 59 tahun dalam dua tahun mendatang.


Mendedahkan Kertas Putih setebal 63 muka surat itu pada Rabu (21 Sept), Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata yang amat penting ialah mengerahkan seberapa banyak klinik keluarga privet menjadi sebahagian daripada SG Lebih Sihat.


“Mereka (klinik keluarga) dalam masyarakat dan merupakan titik pertemuan penting semua penduduk jika kita ingin amalkan penjagaan pencegahan secara strategik,” katanya.


Sejak Mac lalu, MOH telah mengadakan konsultasi dengan lebih 6,000 penduduk dan melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti doktor keluarga (GP) privet, majikan dan rakan masyarakat untuk menghasilkan ciri-ciri utama strategi SG Lebih Sihat.


Baca laporan penuh di Berita Harian esok (22Sep).

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >