Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita SG garis usaha lanjutan corak masyarakat lebih adil dan inklusif: Masagos

Apr 05, 2022 | 09:07 PM



KERTAS Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura telah membentangkan pusingan selanjutnya buat masyarakat Singapura memastikan kemajuan wanita di negara ini akan berterusan dan berlanjutan.



Ia menggariskan keperluan usaha dan kerjasama seisi masyarakat untuk Singapura mencapai masyarakat yang lebih adil dan inklusif.



Menjelaskan demikian dalam catatan Facebook pada Selasa (5 April). Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata meskipun Tahun Merai Wanita SG yang disambut pada 2021 telah berlalu, kerja memperjuangkan keperluan wanita tidak terhenti setakat itu sahaja.



"Hari ini, kami mengetengahkan usul tentang Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura kepada Parlimen. Lebih 20 Anggota Parlimen membincangkan tentang usul ini kerana ia isyarat betapa banyaknya kita sebagai sebuah masyarakat mengambil berat tentang isu ini.



"Apabila kami mengumumkan bahawa 2021 dikhususkan sebagai Tahun Merai Wanita SG, kami secara kolektif mahu meraikan kemajuan wanita kita, peranan mereka yang berkepelbagaian dan golongan sekeliling mereka, termasuk lelaki, yang memainkan peranan aktif dalam menyokong dan menaiktarafkan wanita dan dalam mengubah bentuk pemikiran," kata Encik Masagos.



Beliau menggunakan pepatah Inggeris, "If you want to travel fast, travel alone. But if you want to travel far, travel together." atau "Jika anda ingin mengembara cepat, kembaralah seorang diri. Tapi jika anda ingin mengembara jauh, kembaralah bersama."



Menurut Encik Masagos yang menggunakan pepatah tersebut, membangun budaya menghormati dan bekerjasama antara lelaki dan wanita adalah yang akan membawa masyarakat Singapura maju.



Kertas Putih ini boleh dibaca melalui pautan: https://go.gov.sg/sgwomen  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >