Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Kertas yang dikitar boleh diguna dalam bateri, kenderaan elektrik

Saintis temui kaedah baru untuk bakar, padatkan kertas sisa dalam blok karbon kecil
Dec 03, 2022 | 05:30 AM



SURAT khabar lama dan kotak kadbod terbuang, telah diberi "nafas baru" seperti bahagian bateri, penapis gas dan penebat perlindungan api selepas para saintis menemui kaedah baru untuk membakar dan memadat kertas sisa dalam blok-blok karbon kecil.



Dalam menghasilkan salah satu kegunaan pertama di dunia bagi kertas sisa dalam penghasilan bateri, para saintis Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mungkin telah mengenal pasti masalah paling besar dalam industri kenderaan elektrik (EV) - sebuah unit bateri berat dalam teras kenderaan sedemikian.



Produk kertas terbuang, seperti pek kertas, beg kertas kraf, dan kadbod, membentuk seperlima daripada sisa yang dihasilkan di Singapura pada 2020, kata Penolong Profesor Lai Chang Quan, yang memimpin projek tersebut.



"Kertas boleh dikitar semula hanya empat hingga enam kali sebelum ia dianggap tiada gunanya kerana kualitinya menurun setiap masa.



"Dan apabila ia tidak boleh digunakan semula, kertas itu dibakar, lantas menghasilkan gas rumah hijau," katanya dalam satu penyampaian mengenai projek ini pada 23 November lalu.



Profesor Lai yang mengajar di Sekolah Kejuruteraan Mekanikal dan Aeroangkasa di NTU menambah:



"Di sini kita mengambil sesuatu yang murah dan menjadikannya bernilai dengan mengitar semula sisa kertas menjadi busa karbon tanpa menghasilkan gas rumah hijau."



Blok-blok karbon itu dihasilkan dengan memanaskan timbunan sisa kertas dalam sebuah relau dengan suhu mencecah sehingga 1,200 darjah celsius dengan ketiadaan oksigen, agar ia tidak terbakar tapi sebaliknya mengurangkan karbon asli.



Blok-blok kertas itu boleh digunakan sebagai anod karbon - bahagian penting bagi bateri yang menyimpan elektrik.



Anod karbon biasanya diperbuat daripada grafit yang ditempa atau dilebur dan dibentuk daripada minyak fosil.



Namun menggantikan grafit dengan kertas boleh mengurangkan pencemaran yang disebabkan bateri, serta mengurangkan kos keseluruhan memandangkan bahan mengitar semula digunakan sebaliknya, kata Profesor Lai.



Ujian NTU menunjukkan bahawa satu gram anod kertas - dianggar bersaiz kuku jari - cukup untuk menyimpan tenaga dalam sebuah bateri 100 jam miliampere.



Sebuah telefon bijak biasa akan memerlukan sekitar 40 gram anod, kata Profesor Lai.



Ini hampir sama beratnya seperti grafit yang yang ditemui dalam telefon hari ini.



Anod kertas boleh dicaj semula sehingga 1,200 kali - seganda lebih tinggi berbanding anod yang ditemui dalam bateri telefon masa kini, kata NTU.



Pasukan itu kemudian telah memfailkan proses mempatenkannya dengan anak syarikat inovasi dan keusahawanan NTU, NTUitive, dan sedang mencuba untuk mengkomersialkan kerja mereka dalam tempoh lima tahun mendatang.



Industri automotif mungkin meraih manfaat daripada rekaan ini sedang ia mendorong penggunaan bateri dengan bilangan EV yang bertambah.



Profesor Lai berkata pengilang masa depan juga oleh gunakan anod kertas untuk menyelaraskan dengan rangka EV bagi menghasilkan bateri sebagai sebahagian daripada casis kereta.



Ini akan dapat mengurangkan berat kenderaan itu sedang ia berusaha mengalihkan keperluan bagi pek-pek bateri yang berat yang biasanya ditempatkan di bahagian lantai EV, tambahnya.



Piawai karbon biasa tidak boleh dibentuk menjadi rangka memandangkan ia terlalu mudah pecah.



"Tapi anod kertas boleh bertahan empat kali jumlah tekanan fizikal sedang mereka mengekalkan struktur molekular yang berserabut yang secara semula jadinya kuat, kata Profesor Lai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >