Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerugian $140,000: Bekas presiden badan floorball dijel dua tahun enam bulan

Nov 03, 2018 | 05:30 AM



BEKAS presiden Persatuan Floorball Singapura (SFA) dihukum penjara dua tahun dan enam bulan semalam atas kesalahan yang membuat pertubuhan itu mengalami kerugian lebih $140,000.



Sani Mohamed Salim, 51 tahun, yang juga bekas kapten pasukan hoki nasional Singapura, mengaku bersalah bulan lalu atas tiga tuduhan pemalsuan dan dua tuduhan pecah amanah, lapor The Straits Times.



Peguam bela M. Lukshumayeh memberitahu Hakim Daerah Jasvender Kaur bahawa kliennya menjadi presiden SFA pada 2005 dan meletak jawatan 11 tahun kemudian.



Peguam itu berkata, Sani melakukan kesalahan tersebut disebabkan masalah kewangan akibat perlu menjaga kedua-dua keluarga sendiri dan keluarga terdekatnya yang lain.



Ini menyebabkan dia meminjam wang daripada kedua-dua pemiutang wang berlesen dan tanpa lesen.



"Tertuduh secara sedihnya kemudian mendapati dirinya berada dalam situasi yang semakin buruk dengan setiap hari yang berlalu dan secara ringkasnya, menjadi terdesak dan panik sehingga dalam keadaan amat terdesak itu, dia melakukan kesalahan tersebut," kata peguamnya bulan lalu.



Julai lalu, Berita Harian (BH) melaporkan Sani didakwa di mahkamah atas 14 tuduhan termasuk pecah amanah dan memalsukan cek, dengan kesalahan itu dilakukan antara 11 Februari 2014 dengan 9 Mei 2016.



Daripada 14 tuduhan tersebut, dua melibatkan Sani menggelapkan wang sebanyak $81,860 yang merupakan bayaran kepada SFA bagi acara Liga Floorball Singapura.



Menurut kertas pertuduhan yang diperolehi BH, dia melakukan demikian dua kali.



Dia didakwa menggelapkan $20,090 antara 11 Februari dengan 14 November 2014, dan didakwa menggelapkan $61,770 antara 17 Mac 2015 dengan 14 Mac 2016 pula.



Sani juga menghadapi tuduhan bersubahat dengan seorang individu untuk melakukan pecah amanah melibatkan $6,000 yang dipertanggungjawabkan ke atas individu tersebut.



Menurut kertas pertuduhan, Sani sengaja membantu individu itu untuk memindahkan wang sebanyak $6,000 itu kepadanya secara tidak jujur pada atau sekitar 27 Ogos 2015.



Baki 11 tuduhan pula melibatkannya memalsukan 11 cek tunai yang melibatkan $58,200 secara keseluruhan.



Bagi setiap tuduhan pecah amanah, Sani boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda.



Bagi setiap tuduhan pemalsuan pula, dia boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >