Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerugian angkara dadah lebih tinggi daripada $1.23 bilion yang dilapor kajian, kata Sun Xueling

Feb 03, 2020 | 04:26 PM



 



 



Kos yang ditanggung untuk menentang dadah, serta kerugian yang ditanggung penagih sendiri melebihi $1.23 bilion yang didapati menerusi satu kajian, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Cik Sun Xueling.



“Nyawa yang hilang, kesakitan dan penderitaan serta kesengsaraan yang tidak terkatakan kepada keluarga” adalah kos penyalahgunaan dadah tidak ketara yang amat besar, tambah beliau, menjawab soalan yang diajukan Encik Christopher de Souza ( GRC Holland-Bukit Timah) di Parlimen pada Isnin (3 Feb).



Angka $1.23 bilion itu diperolehi menerusi kajian yang dilakukan oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU) atas arahan Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 2016.



Menurut Cik Sun, adalah 'hampir pasti', penganggaran itu kurang daripada realiti, kerana ia tidak merangkumi kos seperti jumlah hari bekerja yang hilang bagi mangsa jenayah dadah.



Kajian NTU itu mengambil kira jumlah yang dibelanjakan agensi yang berlainan dalam menangani dan mencegah jenayah dadah, dan kerugian yang dialami penyalah guna dadah dalam mengambil dadah, dalam antara faktor lain.



“Jadi kami telah menjalankan kajian ini, kami berharap dapat menambahkan maklumat kepada kajian itu agar lebih ramai orang sedar tentang apakah jenayah yang melibatkan dadah serta jenayah yang disebabkan dadah dan apakah kosnya kepada masyarakat.



“Sementara itu, para penyelidik sebenarnya sedang menyiapkan kertas ini bagi penerbitan dalam jurnal antarabangsa,” kata Cik Sun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >