Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kerusi roda 'penyambung' rezeki...

May 01, 2021 | 05:30 AM

DILAHIRKAN dengan spina bifida, sejenis penyakit yang menyebabkan beliau tidak boleh berjalan, Encik Mohamed Zahid Mohd Yassin (gambar atas) terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak ke sana sini.

Namun beliau tidak pernah menjadikan penyakitnya itu sebagai alasan untuk tidak berdikari.

Malah, Encik Zahid, yang berkelulusan dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE), giat menyediakan khidmat penghantaran pakej kecil ke serata negara.

Menggunakan kerusi roda bermotor dan juga pengangkutan awam, Encik Zahid, yang juga dikenali sebagai Ayeed The Courier boleh dilihat membuat hantaran bagi pelanggannya - kebanyakannya perniagaan dari rumah (HBB) - di estet-estet kejiranan.

Kerja itu memberinya kebebasan untuk mengatur jadual harian, dan menurut Encik Zahid lebih sesuai dengan keadaan dirinya.

Beliau berpengalaman bekerja sebagai pembantu pentadbir dan wakil perkhidmatan pelanggan, tetapi dengan keadaannya itu, agak sukar bagi beliau mendapat pekerjaan sepenuh masa.


Laporan lanjut :

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3