Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Kes 1MDB: Jiawei dipenjara 30 bulan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kes 1MDB: Jiawei dipenjara 30 bulan

Dec 22, 2016 | 05:58 PM

BEKAS eksekutif bank, Yeo Jiawei, telah dijatuhi hukuman penjara 30 bulan hari ini, selepas dia disabitkan atas kesemua empat kesalahan menganggu saksi dalam kes pengalihan wang secara haram yang digelapkan dari dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagi setiap satu tuduhan menganggu saksi, Yeo boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Dalam menyatakan secara lisan sebab hukuman sebegitu dikenakan, selepas perbicaraan 12 hari yang berakhir bulan lalu, hakim menyifatkan bekas eksekutif Bank BSI itu adalah seseorang yang "tidak boleh diharapkan" dan "tidak berwibawa" sebagai seorang saksi.

Hakim Ng Peng Hong berkata: "Tertuduh (Yeo) menafikan usahanya untuk menyeleweng secara sengaja langkah keadilan. Dia mendakwa orang yang mengilhamkan rancangan untuk menipu kepada CAD (Jabatan Ehwal Komersil) adalah Kevin Swampillai (bekas penyelianya di BSI).

"Selepas menilai versi bukti yang bercanggah... saya mendapati tertuduh tidak boleh dipercayai dan bukan seorang saksi yang berwibawa. Beliau gagal menimbulkan sebarang kesangsian terhadap kes pihak pendakwa. Pihak pendakwaraya telah membuktikan secara jelas dan nyata berhubung kesemua dakwaan yang dihadapi," ujarnya.

Mahkamah mendapati bahawa selepas Yeo dibebaskan atas ikat jamin polis, dia telah mengatur satu pertemuan pada 27 Mac di Swiss Club bersama-sama rakannya, Encik Samuel Goh Sze-Wei, dan Encik Swampillai, yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Khidmat Pengurusan Mewah BSI.

Yeo memberitahu mereka supaya berbohong kepada polis bahawa wang yang dipindahkan kepada syarikat adalah milik Swampillai dan ia merupakan pilihannya.

d to companies owned by Yeo and Mr Swampillai were his investments.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3