Kes AHTC: 3 pemimpin WP didapati langgar amanah tugas

KETUA Parti Pekerja (WP), Encik Pritam Singh, dan rakan Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Aljunied, Cik Sylvia Lim serta Encik Low Thia Khiang, didapati bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami Majlis Bandaran Aljunied-Hougang (AHTC), yang dikatakan membuat bayaran bernilai jutaan dolar yang tidak betul semasa di bawah pemantauan mereka.

Dalam satu keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Encik Kanan Ramesh, beliau berkata Cik Lim dan Encik Low telah melanggar fidusiari tugas mereka, sedang Encik Singh pula melanggar tugas kemahiran dan jagaannya dalam melantik ejen pengurusan majlis bandaran itu, FM Solutions & Services (FMSS).

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan