Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:15
Isyak
8:26

Kes amputasi bagi pesakit kencing manis kurang 40%

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kes amputasi bagi pesakit kencing manis kurang 40%

Lebih 2,700 pesakit diabetes raih manfaat program kendalian NHG
Oct 07, 2021 | 05:30 AM

SATU program yang dilancarkan oleh National Healthcare Group (NHG) pada Jun tahun lalu telah mengurangkan sebanyak 40 peratus pemotongan kaki dalam kalangan pesakit kencing manis sehingga Jun tahun ini.

Ini merujuk kepada amputasi besar melibatkan pemotongan bahagian bawah kaki atau atas lutut.

Lebih 2,700 pesakit diabetes telah meraih manfaat daripada program itu, yang bertujuan mengurangkan amputasi yang berkaitan dengan penyakit tersebut, kata NHG.

NHG juga berkata amputasi kecil melibatkan tapak kaki atau jari kaki telah merosot 80 peratus, di bawah program jagaan kaki pesakit diabetes yang menerapkan pemeriksaan secara kerap dan rawatan awal.

Terdapat juga peningkatan yang ketara dalam kawalan diabetes dan hiperlipidemia dalam kalangan pesakit yang mendaftar dalam program tersebut, kata NHG.

Hyperlipidaemia merujuk kepada kadar lemak yang tinggi dalam darah, yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung dan angin ahmar.

Dapatan daripada program tersebut akan dibentangkan semasa Kongres Kesihatan dan Bioperubatan Singapura ke-19 (SHBC) NHG, yang akan bermula secara maya hari ini.

Topik lain merangkumi pengajaran daripada pandemik Covid-19 serta inovasi lain dalam rawatan klinikal, seperti peningkatan dalam rawatan paliatif dan program perintis untuk pesakit diabetes untuk memantau tahap gula darah mereka dengan lebih baik.

NHG berkata satu pertiga warga Singapura berisiko menghidap diabetes dalam kehidupan mereka, menjadikan penyakit itu sebagai masalah kesihatan awam utama.

Sekiranya tidak dikawal dengan baik, diabetes boleh menyebabkan komplikasi serius seperti ulser kaki, yang kemudian boleh menyebabkan amputasi kaki.

Singapura mempunyai salah satu kadar amputasi kaki yang berkaitan dengan diabetes tertinggi di dunia, dengan rata-rata empat amputasi sedemikian dilakukan di sini setiap hari.

Program Penjagaan Langsung itu telah dilancarkan di seluruh poliklinik NHG, Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) dan Woodlands Health untuk mengurangkan keperluan amputasi.

Program itu melibatkan doktor, jururawat dan profesional kesihatan sekutu dari pelbagai bidang, termasuk pembedahan vaskular, pembedahan ortopedik dan podiatri.

Di bawah program yang diberi nama Definite Care itu, pesakit diabetes menjalani pemeriksaan kaki secara kerap, mendapat pendidikan mengenai rawatan kaki, dan mendapat rawatan dan pencegahan awal bagi penyakit ringan hingga sederhana seperti belulang (callus) atau lepuh (blister).

Pesakit dengan luka atau ulser kaki yang lebih teruk dirujuk dengan cepat ke TTSH dan KTPH untuk rawatan pakar.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3